Written by Admin
OLEH: CHARLES P ANDIANG

Menurut sumber-sumber bahawa Nor Mastura adalah berasal dari Negeri Kelantan dan ditugaskan di Sabah yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ekoran tindakan guru yang dianggap kurang ajar dan biadap itu Persatuan
Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menggesa guru
berkenaan meminta harus maaf daripada umum secara terbuka.


Guru itu, Nor Mastura adalah seorang Ustazah yang bertugas di sebuah
sekolah di Tenom yang menghantar pos yang maksud penduduk Sabah tidak cemerlang
tanpa guru-guru dari semenanjung dan mereka tidak ada kelayakan untuk menjadi
guru.
Menurut Luis, penduduk Sabah dan bekas penuntut yang pernah diajar
guru-guru dari semenanjung tidak pernah menafikan sumbangan mereka itu, malah
usaha mereka dihargai.
Oleh itu katanya, Pekadin mahu guru itu meminta maaf kepada semua
penduduk Sabah kerana membuat kenyataan negatif tersebut ini akan menimbulkan rasa kebencian rakyat Sabah terhadap orang-orang Semenanjung nanti.
Sementara itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa penjawat awam terutama
guru-guru untuk sentiasa berhati-hati dan menahan diri daripada mengeluarkan
kenyataan yang menyinggung perasaan orang lain.
Jurucakapnya, Goon Thien Shang berkata, mereka menghormati para guru
sebab mereka bukan saja diberi kepercayaan untuk mendidik pelajar bagi
mendapatkan pendidikan yang baik tetapi mereka juga mengajar nilai-nilai yang
mulia.
Wartawan Free Sandakan Today.Net kelmarin sempat meminta pandangan beberapa orang guru-guru dari Semenanjung mereka juga tidak setuju tindakan Nor Mastura bercakap sedemikian kerana ini akan menyinggung perasaan seseorang dan ini akan menimbulkan rasa kebecian antara penduduk Sabah dan Semenanjung hal ini guru berkenaan harus diambil tindakan tatatertip kerana tidak pandai menjaga sensitiviti dan cakap sembarangan saja.
No comments:
Post a Comment