Friday, 22 August 2014

GARA-GARA MULUT CELUPAR SEORANG GURU PEREMPUAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:-Persatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah   (SGTU) cawangan Tenom mengeluarkan surat kepada seorang guru yang memuat naik posting di Facebook sehingga mencetus kemarahan penduduk tempatan
Pengerusi SGTU cawangan Tenom, Jalal Maarof memberikan tujuh hari kepada guru tersebut untuk mengemukakan permohonan maaf.
Posting dalam Facebook itu ditulis seperti berikut:
“Klu jbtn Pendidikan sabah x trima guru dr smnjung… Hermmmm Lu fikir la sdri apa akn jd ngn Pendidikan ngeri sabah… Lainlah klu rkyatnya bijak pndai smua n layak jd guru. Fikir lah pnjang skit sblm post apa2”
Profile Facebook guru terbabit yang menggunakan nama “Nur Mastura” dipercayai seorang ustazah (guru agama) dari Semenanjung yang dihantar mengajar ke sebuah sekolah di Tenom.


Kenyataan guru terbabit mungkin tindak balas peribadinya terhadap gesaan berulang kali oleh penduduk tempatan yang mahu guru dari Semenanjung kembali ke negeri mereka.
Jalal sudah menjelaskan kepada guru berkenaan bahawa komennya di laman sosial terbabit menimbulkan perasaan kurang senang serta boleh menjejaskan perpaduan juga integrasi nasional di kalangan guru-guru dari Sabah dengan rakan-rakan mereka dari Semenanjung dan Sarawak.
“Jika ada rasa tidak puas hati, ada saluran yang sesuai untuk menyalurkannya dan tidak perlu menyebarkannya di rangkaian sosial seperti Facebook,” kata Jalal yang dilaporkan sudah menyampaikan mesej itu kepada guru berkenaan. “Kerjaya perguruan memerlukan seseorang itu untuk menegakkan integriti serta profesionalisme pengajaran.”
Pegawai Jabatan Pelajaran Sabah yang bertanggungjawab terhadap aduan berkenaan, Hairudin Samsudin berkata, mereka sudah mengenal pasti guru terlibat dan pelaku sudah  menyatakan penyesalannya.
“Siasatan lanjut diperlukan dan guru berkenaan akan ditegur sewajarnya jika bersalah kerana salah laku,” katanya. “Biarlah ini menjadi pengajaran kepada semua supaya mereka tidak membuat kenyataan yang salah.”
Pengarah Pelajaran Sabah Jame Alip, mengesahkan bahawa beliau akan menyiasat perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan berhubungnya tidak lama lagi.


No comments:

Post a Comment