Thursday, 7 August 2014

JALAN SEGALIUD-BUKIT GARAM PENYUMBANG BESAR KEMALANGAN JALAN RAYA BANYAK MERAGUT NYAWA

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

KINABATANGAN:- Jalan Raya  penghubung antara Segaliud dan Bukit Garam yang kini sedang dalam pelaksanaan kerja-kerja  naik  taraf  ia merupakan satu usaha dan alternatif  pihak kerajaan  untuk memberikan keselesaan kepada para pengguna jalan  sebaik sahaja siap sepenuhnya kelak.

Bila dilihat  jalan tersebut memang dalam keadaan tidak stabil berlubang di sani sini akibat dikorek dan ini juga telah banyak meyumbang kemalangan yang kerap belarlaku  terhadap kenderaan yang lalu menggunakan jalan tersebut  boleh di katakan  setiap bulan telah meragut hampir 10 nyawa manusia menjadi mangsa korban.

Pemandu yang kurang berhemah mereka memandu kenderaan terutama sekali pacuan empat roda dan juga lori-lori dipandu laju antara 100 kmsj ini juga bila  berlakunya pelanggaran bertembung antara satu sama lain memang  sukar untuk menyelamatkan nyawa  masing-masing justeru itu ramai yang jadi korban akibat nahas jalan raya.

JALAN MAUT....Jalan Raya penyumbang besar kemalangan banyak meragut nyawa


Baru-baru ini seorang remaja penduduk Kampung Segaliud penuntut Tingkatan Lima yang dikenali sebagai Izzah Ismail yang menunggang motorsikal telah dilanggar oleh sebuah lori 3 ton.


Mangsa telah terhumban kira-kira 100 meter namun pemandu lori yang menyedari kelamangan tersebut langsung tidak memperdulikan mangsa malahan terus memecut lorinya dengan pantas meninggal mangsa berkenaan.

Izzah yang dalam keadaan tenat dibantu oleh seorang hamba Allah yang kebetulan melihat kejadian tersebut tetapi tidak sempat merekod nombor plat lori itu  dan  mangsa  telah meninggal serta merta kerana mendapat kecederaan  parah di bahagian kepala  dan ini merupakan kes langgar lari.




No comments:

Post a Comment