Sunday, 24 August 2014

JIKA ANWAR DIPENJARAKAN AKAN TIMBUL HURU HARA DI SANA SINI PERTUMPAHAN DARAH AKAN BERLAKU

Written by Admin

OLEH: RAMASAMEY KARUNAKARAN


KUALA LUMPUR:-Seluruh rakyat sama ada Melayu, Cina dan India akan  marah bertubi-tubi di sinilah takhta kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang bilamana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Pertama yang paling marah kepada BN/UMNO ialah bangsa Cina, India dan Melayu kemudian diikuti oleh Masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Iban,  Bidayu, Melanau dan Dayak kemungkinan juga parti-parti komponen BN seperti MIC,MCA dan Gerakan akan keluar meninggalkan BN sebelum PRU 14 nanti.
Begitu juga parti-parti Komponen BN seperti PBS, UPKO, PBRS dan LDP akan ikut rentak parti-parti komponen di Semenanjung akan keluar daripada BN kerana keempat parti komponen BN semakin merosot  Kadazan, Dusun, Murut dan Cina 80 peratus sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan BN pusat dan negeri.
Lantaran itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya yang beliau tidak akan dipenjarakan oleh Umno  negara akan jadi huru hara sekiranya Anwar dipenjarakan dan berlakunya partumpan darah di sana sini.
Beliau menyuarakan ketegasannya bahawa tidak akan sesekali lari dalam menghadapi dakwaan fitnahnya oleh kerajaan Umno.
“Kita akan tetap lawan musuh kita yang telah melakukan satu sistem yang zalim.
“Bukan saya saja yang telah dizalimi, tetapi pemimpin lain seperti N. Surendran, Tian Chua dan Rafizi juga telah difitnah. Umno menggunakan undang-undang untuk mendakwa mereka yang tidak bersalah,” katanya.
Beliau menyatakan demikian di Majlis Kongres Nasional KEADILAN ke-10 PKR.
Tegas Anwar lagi seharusnya, dakwaan tersebut harus dibuktikan dengan fakta dan bukannya dengan fitnah.
Selain itu, terdapat juga suara sumbang menyatakan PKR akan lenyap setelah Anwar dipenjarakan.
“Saya ingin menegaskan bahawa PKR tidak akan lenyap sekiranya saya dipenjarakan.
“Malah lagi hebat daripada sekarang. Kita menentang Umno bukan semata-mata kerana saya dipenjarakan tetapi menolak kezaliman terhadap institusi undang-undang Negara,” jelasnya.
Tambahnya, penambahbaikan dasar PKR akn terus dimantapkan dan lonjakan untuk anak-anak muda menjadi pemimpin akan dipergiatkan.

“Bagi bahagian wanita juga akan dipergiatkan usaha untuk menarik lagi ramai masuk ke dalam parti kita walaupun dimaklumkan sukar untuk melepasinya.
“Kawasan seperti di Sarawak dan Sabah juga akan dikerahkan untuk menarik lebih ramai untuk menyertai kita,” ujarnya.

Kata Anwar sejak kebelakangan ini 90 peratus golongan mudah sama ada perpendidikan tinggi atau sebaliknya yang terdiri daripada masyarakat cina, India dan Melayu mereka telah menjadi ahli Pakatan Rakyat (PR) yang membabitkan DAP, PKR dan PAS.

Tidak dinafikan ramai juga para belia menjadi ahli parti komponen BN seperti UMNO,MICdan MCA tetapi golongan muda langsung tidak diberi peluang menjadi pemimpin mereka hanya diberi peluang keemasan sewaktu kempen pilihanraya kerja mereka tukang akan bendera dan tukang angkat poster dan Banner atau tukang memasang billboard ditepi-tepi jalan” ujarnya.

Malah lagi hebat daripada sekarang. Kita menentang Umno bukan semata-mata kerana saya dipenjarakan tetapi menolak kezaliman terhadap institusi undang-undang Negara



No comments:

Post a Comment