Sunday, 24 August 2014

LAIN NEGARA PRESIDENNYA PEREMPUAN TAK KECOH DI MALAYSIA BARU WANITA MAHU JADI MENTERI BESAR SELANGOR JADI HURU HARA.....SAMSUL

Written by Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

SELANGOR:- Kenapa   di Malaysia kalau perempuan jadi Menteri Besar jadi kecoh seluruh negara  sehingga menjadi bahan `ejikan dan menjadi tomahan berbanding di negara-negara lain.
Contoh paling dekat Thailand, Filipina, Indonesia, Pakistan dan lain-lain negara yang tidak sempat saya huraikan  Presiden atau Perdana Menteri adalah seorang perempuan tidakpun menjadi satu kesalahan kepada rakyat mereka.di Malaysia baru seorang wanita mahu dilantik jadi Menteri Besar Selangor kecoh macam-macam tomahan dilemparkan 

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat tiada masalah sekiranya wanita menjadi pemimpin bahkan dalam menjawat sebagai menteri besar.
Menurutnya, peluang yang sama rata harus diberikan kepada golongan muda dan wanita untuk menjadi pemimpin.

PRESIDEN....Mantan Presiden Indonesia Megawati Sukarno


“Saya juga tidak setuju sekiranya terdapat hujahan yang menyatakan Islam tidak membenarkan wanita menjadi pemimpin.
“Adakah kita ingin menolak kebolehan dan kecekapan seseorang menjadi pemimpin hanya kerana dia seorang wanita,” soalnya.
Tegasnya, buang sikap prejudis dan diskriminasi terhadap gender.
“Saya juga melihat banyak di media sosial yang membincangkan dengan menumpukan isu gender dalam menjadi seorang pemimpin.
“Mereka anggap wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Perkara ini kita perlu perbetulkan kerana gender bukan isu keseluruhan. Kemampuan seseorang untuk menjadi pemimpin itu lebih penting,” ujarnya dalam satu sidang media pada majlis Kongres AMK ke-10.


MANTAN PRESIDEN.....Gloria Arroyo mantan Presiden Filipina


Kenyataan Shamsul ini adalah merujuk kepada krisis yang sedang berlaku iaitu cadangan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Namun ada juga sesetengah pihak di media sosial mempertikaikan kemampuan wanita menjadi pemimpin adakah rakyat di negara ini masih kolot atau jakun bila seseorang wanita menjawat jawatan Menteri Besar sudah banyak persoalan ditimbulkan ini baru jadi Menteri Besar kalau ditakdirkan satu hari ini nanti perempuan jadi  Perdana Menteri barang kalali hura hara Malaysia jadinya..




No comments:

Post a Comment