Saturday 16 August 2014

PENDUDUK BUKAN ISLAM DI SABAH TIDAK PERLU MENGGUNAKAN BIN ATAU BINTI JPN HARUS AMBIL TINDAKAN

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:-Sepatutnya rakyat Sabah tidak kira apa bangsa sekalipun yang bergama Kristian tidak wajar menggunakan Bin atau Binti  pada nama mereka yang tercatat di Surat Kelahiran hinggalah  ke mykad ini perlu diselesaikan.
Adakalanya nama seseorang suku Dusun,Kadazan dan Murut tinggal di kawasan pedalaman yang bukan beragama Islam  mereka telah menggunakan nama Islam seperti Rosmini Binti Kassim dan Johan bin Sulaiman  ini telah mengelirukan.
Selain itu dalam  pemberian Kad Pengenalan kepada rakyat asing khususnya kepada bangsa Visaya Filipina dan bangsa Tator Indonesia 80 peratus mereka yang memiliki mykad telah  menggunakan nama Islam Sufiian bin Abdullah dan Salmah binti Mohd pada hakikatnya mereka bukan Islam sebenarnya  ini juga satu kesilapan  besar yang perlu diperbetulkan.
Lantaran untuk memperbetulkan keadaan agar tidak menjadi rumit dan mengelirukan masyarakat  Sebuah gereja di Sabah menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyelesaikan masalah Orang Asal beragama Kristian yang terdapat perkataan “bin” atau “binti” dalam nama mereka serta dimasukkan ke dalam kategori agama yang salah oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
“Gereja membuat aduan kepada JPN dua tahun yang lalu untuk 162 kes di Sabah, tetapi diberitahu bahawa tidak ada tindakan selanjutnya boleh diambil kerana fail-failnya hilang,” demikian kata Presiden Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah, Rev Jerry Dusing.
Beliau memohon agar JPN berhenti daripada menjadi ‘pemudah’ kepada tindakan pengislaman melalui perubahan status agama dalam MyKad penduduk-penduduk beragama Kristian di negeri ini.
“Kami juga ingin menyeru pihak berkuasa untuk mengekang tindakan agresif Islamisasi di Sabah yang dilakukan dengan cara meragukan seperti ugutan, dorongan dan penipuan,” katanya.
Dusing berkata, di salah klasifikasikan sebagai Islam di dalam MyKad menyebabkan penduduk Kristian terhalang daripada berkahwin secara sah, seterusnya menghalang pendaftaran kelahiran anak-anak mereka dan juga pendaftaran anak-anak di sekolah-sekolah serta permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan mereka sendiri.
“Mereka juga telah diberitahu oleh JPN bahawa jabatan itu hanya akan memperbetulkan status agama mereka jika mereka pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengisytiharan yang mereka bukan beragama Islam.
“Paling lucu apabila penduduk Kristian perlu tertakluk kepada telunjuk Mahkamah Syariah,” katanya.
Dusing menekankan hak-hak rakyat Sabah dalam kebebasan beragama itu selepas Ketua Biskop Gereja Katolik Sabah, John Wong membangkitkannya di perhimpunan ‘mamangkis’ anjuran Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah di Papar, Sabtu lalu.


No comments:

Post a Comment