Wednesday 13 August 2014

RAMAI PELANCONG TERPEDAYA PENGUSAHA PELANCONGAN PALSU

 Written by Admin


OLEH: FERNANDEZ JAMES

KOTA KINABALU:- Rentetan daripada berleluasnya  aktiiviti bagi menjalankan perkhidmatan pengtangkutan haram  oleh gelintir  pihak yang mahu mengaut keuntungan besar dan  mengelakan dikenakan bayaran cukai kepada kerajaan lantaran  pihak Pengusaha pelancongan Sabah menggesa tindakan perlu diambil terhadap rakan-rakan mereka yang menyalahi undang-undang di mana mereka bukan sahaja merosakkan reputasi dengan menawarkan perkhidmatan ‘tanpa lesen’ tetapi memintas pendapatan mereka yang lain.

Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) cawangan Sabah juga mendakwa bahawa ada di antara pengendali bot haram itu yang terlibat dengan kes salah laku seksual.
“Kami menerima dua hingga tiga aduan setiap bulan membabitkan kes cabul dalam perjalanan ke pulau daripada jeti-jeti tidak berlesen dan penipuan secara terang-terangan. Mereka memberikan nama buruk kepada Sabah dan merosakkan reputasi kami,” kata Pengerusi Matta Sabah, Robert Chong kepada media semalam.
Antara lain, beliau mendakwa pengangkutan haram mengambil pelancong tanpa permit, insurans atau pemandu pelancong berlesen. “Mereka secara terbuka menunggu pelancong di lapangan terbang, hotel, jeti dan pusat beli-belah yang dikunjungi pelancong,” katanya.
Pengusaha haram dapat lesen selepas aduan
Chong berkata, persatuan menyampaikan semua aduan mereka kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, tetapi sehingga kini masih belum ada yang didakwa.
Presiden Matta, Hamzah Rahmat setuju dengan kenyataan Chong dan mengulangi bahawa kementerian harus menghukum pesalah di bawah Akta Pelesenan Pelancongan Sabah 1999 yang membawa denda sehingga RM50,000 atau lima tahun penjara.
“Setakat ini, belum ada pengusaha haram didakwa ke mahkamah,” kata Hamzah.
“Sebaliknya, pengendali haram ini diberikan lesen selepas aduan dilakukan. Ini akan menggalakkan lebih ramai lagi melakukan kesalahan yang sama.”
Sementara Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)  Cawangan Sabah mendawa ada pesalah seks di kalangan pengusaha  haram






No comments:

Post a Comment