Thursday 7 August 2014

RAKYAT AKAN KECEWA KERANA ROYALTI 20 PERATUS UNTUK SABAH DAN SERAWAK TIDAK AKAN TERCAPAI...TEGAS PETRONAS

Written by Admin
 OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Impian dan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak  untuk menikmati  kenaikan minyak petrol 20 peratus yang telah dikemukankan kepada kerajaan persekutuan jelas tidak  menjadi kenyataan dan untuk selama-lamanya royalty  di Sabah dan Sarawak minyak hanya 5% peratus.
“Jika bayaran tunai atau royalti dinaikkan kepada 20 peratus bagi Sabah termasuk Sarawak  kesan serta-merta adalah projek-projek akan digugurkan oleh pelabur asing, keyakinan pelabur akan terjejas dan membahayakan keselamatan tenaga negara.
Ini adalah pendirian yang diambil oleh Petronas, menurut Naib-Presiden Malaysia Petroleum Management (MPM), Adif Zulkifli.
MPM adalah unit dalam bahagian pentadbiran Petronas. Bahagian ini adalah tempat rujukan bagi semua peraturan dan urustadbir.
Menurut Adif, kesan jangka sederhana formula 20 peratus akan menjadi kontrak dan peluang kerugian bagi industri dan tidak akan ada lagi aktiviti penerokaan. 
“Dalam jangka masa panjang, kita akan mengalami penurunan dalam industri minyak dan gas Malaysia, hasil kerajaan yang lebih rendah dan pengurangan GDP dan GNI,” kata Adif semasa taklimat media semalam di Kota Kinabalu.
“Kami mungkin mengalami masalah mengekalkan bayaran tunai kepada Sabah jika kami tidak boleh mengekalkan pengeluaran.” 
Beliau berkata sejak 1976, bayaran tunai yang dibuat oleh Petronas kepada Sabah adalah kira-kira sebanyak RM9 bilion.
Adif mendakwa bahawa kadar bayaran tunai Malaysia lima peratus kepada Sabah adalah tinggi apabila dibandingkan dengan negara-negara lain.
Lima peratus perjanjian royalti baik untuk Sabah
Berdasarkan IHS, sebuah firma penyelidikan ternama dalam industri minyak dan gas, peratusan bayaran tunai bersamaan julat 0-10 peratus di kebanyakan negara mempunyai purata kira-kira lima peratus, katanya.
Mengenai kemasukan syarikat-syarikat minyak dan gas Sabah dalam projek Petronas, Adif berkata Petronas memerlukan syarikat-syarikat yang berkebolehan dan berdaya saing serta kos efektif kerana kos adalah sangat penting dalam industri ini.
Angka-angka berikut diberikan oleh Adif:
  •  
  •  
  • Selepas lima peratus diagihkan kepada Sabah dan Kerajaan Persekutuan, 70 peratus daripada pendapatan adalah untuk carigali, pembangunan dan kos pengeluaran .
  • Baki 20 peratus, yang dikenali sebagai Minyak Keuntungan, tertakluk kepada Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) pada 38 peratus.
  • Kira-kira, selepas cukai, baki dibahagikan antara kontraktor dan Petronas 50-50. Biasanya keuntungan adalah kira-kira enam peratus daripada pendapatan kasar.


Kesudahannya rakyat Sabah dan Sarawak jangan terlalu mimpikan atau berangan-angan tiinggi untuk mengecapi kenaikan royalty minyak 20 peratus hingga ke akhir zaman kecuali tukar kerajaan baru pada PRU 14 nanti barulah nanti  segala-galanya  akan berubah semuanya.

No comments:

Post a Comment