Tuesday, 26 August 2014

HINA AGAMA HINA BANGSA DAN HINA RAJA OLEH PENGGUNA FB SEMAKIN BIADAP DAN KURANG AJAR....TEGAS ABU BAKAR YAHYA

Written by Admin 
OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:-  Setelah kerajaan bertindak menghampuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya dengan tujuan untuk memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat jelata dan menggantikan akta  ISA ialah Akta 15 Akta Hasutan 1948 pindaan 1971 tidak menunjukan keberhalisannya malahan diperlekehkan.
Sejak akhir-akhir ini pengguna media sosial dilihat semakin biadap dan bersikap kurang ajar dengan terus menerus memperlekehkan kuasa undang-undang dan institusi Raja, kata Yang Di-Pertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya
Ini berikutan seorang pengguna di laman Facebook dengan nama Hu Long memuat naik status berbaur penghinaan serta membuat tuduhan liar terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta keluarga Baginda.


Selain itu, Hu Long juga mengatakan Sultan Selangor yang berketurunan Lanun Bugis itu perlu dijatuhkan dan digantikan dengan wakil yang dipilih melalui demokrasi.
Perkasa Selangor menggesa supaya pihak berkuasa mengembalikan keadilan dan menjalankan undang-undang yang tegas terhadap mereka yang membuat penghinaan kepada institusi Raja.
“Ini kerana penghinaan terhadap raja-raja Melayu ini boleh mendatangkan pertembungan dan pergaduhan antara kaum. Jika dilihat Hu Long merupakan wanita berbangsa Cina dan dia telah menghina Sultan yang berbangsa Melayu.
“Lemparan pertuduhan yang berbaur perkauman ini boleh mendatangkan kemarahan kepada orang Melayu,” tegasnya ketika dihubungi oleh Free Sandakan Today.Net kelmarin.

Tambah beliau, pihak berkuasa juga perlu sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang melakukan penghinaan yang bersifat perkauman.
“Tindakan tegas dilakukan sama rata tidak kira kaum. Jika tidak dikawal perkara ini boleh menyebabkan negara hura-hara dengan perselisihan antara kaum,” jelasnya.
Sementara itu, esok, Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan membuat laporan polis mengenai kenyataan Hu Long itu di Balai Polis Dang Wangi, jam 11 pagi.
Hu Long juga telah mendapat kecaman daripada orang ramai terutama oleh pengguna laman sosial. Facebook Hu Long kini sudah tidak dapat diakses lagi.
Beliau juga sebelum ini mendakwa Sultan Sharafuddin sengaja bercuti di luar negara semata-mata kerana mahu mengelak dari bersemuka dengan calon Menteri Besar dari Pakatan Rakyat yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ramai masyarakat berpendapat kerajaan merupakan satu kesilapan besar memansuhkan akta ISA seperti yang ditegaskan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam Blogspotnya.

Inilah hasilnya banyak perkara buruk daripada perkara kebaikan berlaku  tidak kira bangsa Cina, Melayu dan India di Semenanjung mulai biadap tidak ada rasa segan silu sudah tidak pandai hormat dengan bangsa dan agama lain kalau nak menghina raja kah hina agama kah hina bangsa hina saja undang-undang yang sedia ada sudah diperlekehkan


Dalam konteks ini pihak berkuasa khususnya pihak polis harus sentiasa memantau kepada mana-mana individu yang melakukan penghinaan yang berbaur perkauman 

No comments:

Post a Comment