Monday, 18 August 2014

MAKANLAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN BANYAK KHASIATNYA

Written by Admin

KIRIMAN:- SUGYANTO SARMON  JUMADI (SSJ) 


DI mana-mana saja tempat kita pergi ditepi-tepi  jalanraya kelihatan ramai yang menjual buah-buahan tempatan antaranya Durian, Rambutan,Terap, Timbakai, Cempedak dan lain-lain jenis buah-buahan lagi

Bagi mereka yang hendak keperjalanan jauh bila melihat longgokan buah-buahan tempatan itu  pastinya mereka  berhenti   singgah sekejap untuk membelinya sebagai bekal diperjalanan.

Yang menjadi perhatian dan tarikan utama pilihan para pelanggan ialah longgokan buah durian dan rambutan kerana harga durian semakin hari semakin murah begitu juga harga rambutan.


Pertama muncul durian  dipasaran harganya dalam sekilogram RM10.00 hingga RM12.00 begitu juga harga sekilogram rambutan RM6.00 hingga RM8.00  tetapi kita harga durian dan rambutan dipasar jatuh menjunam ini disebabkan terlalu banyak dipasaran.
  
Kini harga durian biasa harga di pasaran 1kg boleh dapat RM3.00 begitu juga harga rambutan RM1kg RM2.00, buah terap sebiji RM3.00  hanya durian merah tetap unggul dalam empat biji RM20.00 tidak berubah.

Bercakap mengenai musim buah-buahan  dan  penduduk memang digalakan memakan buah-buahan tempatan  banyak khasiatnya namun sebaliknya kalau makan berlebih-lebihan makan durian lima biji setiap seorang makan rambutan kalau tak kenyang tak nak berhenti akhirnya banyak risiko yang ditanggung

Dalam pada itu tidak kurannya  ada yang mendapat penyakit selesma batuk-batuk, ceret beret ada yang mendapat tekanan darah tinggi akibat kerana  terlalu banyak makan durian.


Ini buat peringatan kepada orang yang gemar makan buah terap ada segelintir  masyarakat kita suka mengumpul biji terap hingga sebisin besar untuk digoreng sangen (goreng tanpa minyak) biji terap yang sudah digoreng agak hangus sedikit (gosong) memang sedap dimakan sambil menonton TV sambil mengunya-ngunya mulut kumat kumit.

Risikonya kalau kita terlalu banyak makan biji terap yang digoreng itu pastinya berak-berak (menceret-menceret)  darah sebab biji tersebut panas di dalam perut, boleh makan tetapi jangan keterlaluan nanti membinasakan diri sendiri.







No comments:

Post a Comment