Thursday, 7 August 2014

PAS AMAT KECEWA SEGELINTIR REMAJA-BELIA SOKONG PESTA BOGEL DI PULAU PINANG DITERUSKAN

Written by Admin
OLEH: RAMASAMY A/L MUTHU NAKARAN


PETALING JAYA:- Kerajaan seharusnya tidak memandangkan ringan mengenai penganjuran Pesta Bogel yang dikendalikan oleh Malaysia Nude Sport Games 2014 yang diadakan di sebuah Pulau rasiah berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang  yang kini tersebar luas  di media-media cetak, elektronik Portal dan laman sosial FB  dan telah menimbulkan kontraversi

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden kecewa dan membantah keras penganjuran program ‘Malaysia Nude Sports Games dan mendesak kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan Persekutuan harus  mencari dan menyiasat  siapa dalangnya yang bertanggtungjawab menganjurkan Pesta Bogel 2014. 
Katanya ‘Malaysia Nude Sports Games 2014′ yang boleh ditonton videonya dari pautan laman web tersebut jelas membelakangkan adab tatasusila masyarakat Malaysia sekaligus menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan.
“Ia juga telah mencemarkan nama baik negeri  Pulau Pinang sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak penganjur dan memandang ringnan ini boleh dijadikan isu besar dalam kanca politik” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.
Dengan kadar segera, beliau mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat penganjuran program tersebut.
“Tindakan yang sewajarnya juga harus dikenakan terhadap penganjur yang turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5 December 2014 (berdasarkan komen dari laman ‘vimeo’ tersebut),” jelasnya.
Tambahnya lagi, program tersebut sangat tidak bermoral dan tidak boleh berulang lagi.
“Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan dan garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemaskini supaya selari dengan Syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia.
“Penguatkuasaannya juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa,” ujarnya.

PESTA BOGEL.....anjuran Club Malaysia Nude Sport Games disambut baik oleh para belia dan remaja di negara ini

Beliau juga mendakwa 60 peratus remaja dan belia di negara ini yang dikategorikan kurang beriman  menyokong supaya Malaysia Nude Sport Games ini diberikan permit untuk membolehkan Pesta Bogel di adakan setiap tahun ia juga merupakan  satu sukan baru di negara ini.
Kami belia-belia dan para  remaja diseluruh negara menyokong usaha pihak Club  Malaysia Nude Sport Games menganjurkan Pesta Bogel ia sebagai sukan acara tahunan” kata James Paragas


No comments:

Post a Comment