Saturday, 23 August 2014

CUKAI 6% GST TIDAK SESUAI DI SABAH...TEGAS WONG

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal melaksanakan GST pada bulan April 2015 ini ramai yang mempertikaikan ada kah system ini benar-benar membawa menfaat kepada rakyat atau satu bebanan berat   yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata ini yang telah membimbangkan rakyat sekarang dasar yang tidak jelas ini.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kawasan Sandakan  Stephen Wong (DAP) berpendapat bahawa, selagi Dasar Kabotaj yang telah dilaksanakan di Sabah selama berpuluh-puluh tahun ini tidak dimansuhkan, 6% GST tidak sesuai untuk dilaksanakan di Sabah.

Beliau menggesa Kerajaan BN Sabah dan wakil-wakil rakyat BN mengambil tindakan untuk dapatkan pemansuhan dasar perdagangan yang tidak adil kepada rakyat Sabah dengan serta-merta, jangan bersikap acuh tak acuh dan membiarkan rakyat Sabah dibuli.
 Wong berkata, Kerajaan BN mengumumkan pelaksanaan 6% GST bermula pada 1 April tahun depan (2015), tetapi Dasar Kabotaj di negeri Sabah tidak dimansuhkan, mengakibatkan harga barang di Sabah lebih mahal 30% hingga 40% berbanding dengan semenanjung Malaysia.

Katanya, disebabkan harga barang di Sabah mahal sebanyak 30% hingga 40%, apabila GST dilaksanakan pada tahun depan, harga barang Sabah akan bertambah mahal dan lebih banyak GST kena dibayar. Ini amat tidak adil kepada Sabahan!

Beliau berpendapat bahawa, Kerajaan BN harus mengumumkan pemansuhan Dasar Kabotaj negeri Sabah dengan serta-merta, seimbangkan harga barang Sabah dengan Semenanjung Malaysia. Jika tidak, perbuatan kerajaan adalah seumpama diskriminasi rakyat Sabah, dua harga dalam satu Negara, bukan 1 Malaysia!

Beliau juga berasa amat patah hati dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan dan wakil rakyat BN yang bersikap acuh tak acuh terhadap kepentingan rakyat Sabah.

Wong juga menyangsikan janji Raymond Tan bahawa akan menamatkan Dasar Kabotaj suatu hari nanti. Bilakah ‘suatu hari' itu akan datang? Tidak diketahui.

Beliau menekankan bahawa, orang Sabah mahu tindakan segera, bukannya ‘suatu hari nanti'. Datuk Raymond Tan juga memahami Dasar Kabotaj tidak adil terhadap Sabahan, mengapa masih tidak mengambil tindakan untuk memansuhkannya, hanya mampu janji akan berbuat demikian suatu hari nanti?

Walaubagaimanapun, Wong berkata bahawa selagi Dasar Kabotaj tidak dimansuhkan, dan harga barang Sabah tidak disamakan dengan harga barang Semenanjung, 6% GST tidak sesuai untuk dilaksanakan di Sabah. Kerajaan BN Sabah sepatutnya berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah, bukanlah hanya berjanji-janji.

"Inilah dasar kerajaan BN para pemimpinnya banyak buat janji itu janji ini sama rakyat tetapi janji tinggal janji cakap tak serupa bikin" tegasnya.




No comments:

Post a Comment