Written by Admin
OLEH:
SAIMON S JUMADI
Selain itu gerai bahagian
penjual makan dan minum turut membuat aduan bahawa almari untuk menyimpan barang-barang
niaga mereka banyak yang sudah usang
tetapi tidak juga diganti yang baru walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak
MPS.
Menurut beberapa orang
peniaga menjual pakaian yang mengadukan kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen
Wong sewaktu membuat tinjauan kepasar umum itu katanya ekoran kebocoran paip yang tidak diperbaiki banyak
barang-barang niaga mereka rosak akibat terkena titisan air yang bau busuk mengalir dari tingkat
2 pasar berkenaan.
“Aduan demi aduan telah
dibuat oleh para penjaja yang telah menjadi mangsa keadaan sudah berbulan-bulan
lamanya namun sehingga kini tiada
sebarang tindakan langsung diambil sedangkan
kami membayar sewa setiap bulan bukannya
percuma tetapi dari segi perkhidmatan
sungguh amat mengecewakan” kata seorang penjaja
yang dikenali sebagai Umairah.
Dalam lawatan kepasar
umum pagi tadi Wong yang ditemani oleh dua orang Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew, Dayang Zubaidah Datu Tahil dan
Pembantu Takbir Siti Fairuz telah
membuat beberapa tinjauan lokasi dipersekitaran
luar dan dalam pasar berkenaan.
Beberapa pandangan yang
telah diutarakan oleh beberpa peniaga di pasarkan berkanaan kalaulah masalah
pasar seperti yang ada pada hari ini tidak dapat diselesaikan sehingga hingga
tahun 2017 jangan harap calon Barisan
Nasional (BN) dapat menebus kembali kerusi Parlimen yang kini dimiliki oleh DAP.
“Saya bagi pihak warga Pasar
Umum mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong
walaupun daripada parti pembangkang DAP tidak pernah rasa pilih kasih atau
membelakangangi kepentingan kaum bumiputera dibuat sama rata dengan kaum-kaum
lain bila menerima aduan lantas bergegas membuat tinjauan kesesuatu tempat ini
barulah namanya wakil rakyat berjiwa rakyat sentiasa perihatin terhadap
permasalahan rakyat” kata Salim lagi yang terlalu jengkel sudahlah ADUNnya tidak pandai
melawat CDO dan Pemaju Mukimnya batang
hidung mereka langsung tidak kelihatan.
No comments:
Post a Comment