Saturday, 2 August 2014

MASIUNG DAN ROMBONGAN UPKO KINABATANGAN BERKUNJUNG HARI RAYA AIDLFITRI SEHARI DI BUKIT GARAM

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


KINABATANGAN:- Sudah menjadi  satu adat resam dan budaya yang telah diamalkan sekian lama  oleh rakyat di negara ini termasuk di Sabah  tidak kira apa bangsa dan agama kunjung mengunjungi ke majlis rumah-rumah terbuka bukan sahaja Hari Raya, Pesta Kaamatan, Deepavali, Hari Natal dan Tahun Baru Cina yang menjelma saban tahun tentunya membuka ruang kepada seluruh masyarakat sahabat rakan-rakan untuk bertamu di hari raya.
 
Beginilah apa yang telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut Masiung Banah  saban tahun menjelangnya hari lebaran ADUN yang berjiwat rakyat ini tidak pernah ketinggalan mengunjungi rumah-rumah terbuka di hari raya.

Kelmarin Masiung bersama rombonganya  yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian UPKO Kinabatangan telah membuat kunjungan raya sehari ke beberapa buah kampung di Kinabatangan.

Kunjungan tersebut jelas menampakan wujudnya siratulrahim di kalangan rakyat majmuk apa lagi seorang pemimpin di sesuatu kawasan seperti Masiung banah bertandang  dimajlis-majlis seumpama ini ia merupakan satu rahmat kepada penduduk setempat kerana kehadiran mereka untuk merapatkan lagi jurang perbezaan disamping menyuntik  semangat perpaduan yang intim tanpa mengenal siapa mereka.

“Saya harap masyarakat  Islam di Sabah termasuk di kawasan Kinabatangan dan Kuamut yang menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan sambil menghulur tangan bersalaman antara asatu sama lain untuk memohon maaf zahir dan batin jadinya 00”ujarnya.

Semasa beliau  berkunjung bersama rombongannya  berkempatan memberikan Ang Paw raya kepada kanak-kanak  dibeberapa rumah yang telah dikunjungi.








No comments:

Post a Comment