Friday, 22 August 2014

JALAN SEGALIUD DAN JALAN BATU SAPI TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI JALAN MAUT BANYAK MENGORBANKAN NYAWA

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Nampaknya Jalan Raya Batu Sapi  kurang selamat untuk  dilalui oleh para pengguna yang berulang alik melalui jalan  tersebut sering mendapat kecelakaan  bila silap hari bulan dan  silap langka.

Jalan Batu Sapi boleh dikategorikan jalan maut sama seperti Jalan Segaliud tidak putus-putus menempah atau mengundang kecelakaan sehingga banyak meragut nyawa dan jalan Batu Sapi juga bakal banyak meragut nyawa jika pemandu kenderaan kurang berhemah bila memandu kenderaan masing-masing di jalan tersebut tidak berhati-hati.

Mengenai masalah Jalan Raya Batu Sapi yang tiada kesudahannya telah menumbulkan kemarahan bukan saja kepada kerajaan bahkan tempiasnya  juga  terkena  kepada ADUN Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi.

Rakyat khsususnya penduduk Batu Sapi 70 peratus beranggapan bahawa ADUN Sekong  dan MP Batu Sapi tidak begitu memandang serius terhadap permasalahan jalan tersebut yang  tiada kesudagannya walaupun jelas telah menimbulkan kontraversi di kalangan penduduk setempat.

JALAN MAUT.....Ini belum lagi banyak lagi pemandu yang  mampus nanti akibat kemalangan jaya raya Jalan Batu Sapi




Seandainya masalah jalan raya Batu Sapi tidak siap dalam pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan tersebut sudah pasti 80 peratus ini dijadikan senjata kepada parti lawan sebagai propaganda  untuk menjelaskan keadaan sebenarnya kelemahan pemimpin dan kerajaan.

Jika Jalan Raya Batu Sapi dijadikan isu dan senjata untuk menghentam kerajaan ini bukan satu propaganda kosong atau olok-olokan oleh pihak pembangkang namun ini adalah satu realitinya bukan fitnah bahawa pihak kerajaan memang BN gagal menyelesaikan jalan raya sejak dari tahun 2011 shingga ke PRU.14 tahun 2017 nanti.

Soal pembangunan di kawasan Sekong mahupun kawasan Batu Sapi masyarakat kampung agak kurang mempertikaikan kerana tidak dinafikan ADUN mahupun MP Batu Sapi begitu ketara sekali kedua-dua pemimpin itu bekerja keras untuk memajukan kawasan-kawasan kampung dalam arus pembangunan asas dan kemudahan-kemudahan lainnya  untuk dinikmati oleh rakyat jelata  di kawasan Batu Sapi keseluruhannya.





Wartawan Free Sandakan Today.Net telah membuat tinjaun di beberapa kawasan perkampungan 70 peratus penduduk kampung-kampung berkenaan telah mengecapi kemudahan-kemudahan asas  yang disalurkan oleh kerajaan atas daya inisiatif dan pengorbanan ADUN Sekong dan MP Batu Sapi.

Cuma yang perlu diambil perhatian dan dititikberatkan ialah isu Jalan Batu Sapi kini telah menimbulkan kebimbangan yang amat mendalam telah dirasai oleh segenap penduduk jadi ADUN dan MP carilah jalan bagaimana untuk mengatasi isu Jalan Raya Batu Sapi ni boleh selasai dalam masa tempoh terdekat ini.



No comments:

Post a Comment