Sunday 31 August 2014

SISTEM SALIRAN LONGKANG-PARIT TIDAK DIURUS KAMPUNG SUNDANG DILANDA BANJIR LAGI HADIAH HARI KEMERDEKAAN 57

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


BATU SAPI:- Kurangnya pemantauan dan keprihatinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjaga alam sekitar  di kawasan Batu Sapi banyak mengundang pelbagai permasalaan timbul  yang sering dihadapi oleh para penduduk yang menjadi mangsa keadaan.


Sistem saliran longkang mahupun perparitan yang langsung tidak terurus di sepanjang jalan raya Batu Sapi dan kawasan-kawasan sekitarnya begitu  mudah dilanda banjir kilat yang mengendelami kawasan rendah seperti yang telah berlaku di Kampung Sundang kelmarin bila hujan tak henti-henti seharian.


\Krew Free Sandakan Today.Net sempat membuat tinjuan di kampung Sundang telah mendapati bukan saja jalanraya turut dilanda banjir bahkan jalan di hadapan deretan bangunan khususnya premis perniagaan turut ditenggelami air setinggi keparas  2 meter.



Justeru itu  Ahli Parlimen Kawasan Batu Sapid dan ADUN Sekong menganai insiden yang sering berlaku di Kampung Sundang  mohon  dapatlah kiranya mengambil perhatian dan memandang serius mengenai fenomena yang menimpa penduduk di kampung berkenaan.

Lantaran MP Batu Sapi dan ADUN Sekong dengan kuasa yang ada dapatlah  mengarahkan kepada pihak berkuasa tempatan sama ada Jabatan Kerja Raya (JKR) atau pihak MPS bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera demi keselasaan penduduk setempat agar banjir seumpama itu tidak akan berulang lagi setelah saliran  longkang mahupun parit di selenggarakan nanti.

80 PERATUS GOLONGAN BELIA MELAYU,CINA INDIA TERMASUK KADAZAN,DUSUN DAN MURUT SOKONG PAKATAN RAKYAT...SUHAIZAN

Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN
FOTO APEK ANSUKOI

SANDAKAN:-  Golongan belia  yang melibatkan sama ada daripada masyarakat Melayu/Bumiputera Cina dan India di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak pada hari  80 peratus memberikan sokongan padu kepada parti-parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat kerana mereka mahu pembahruan dan perubahan besar dalam  dasar-dasar pentadbiran kerajaan PR.

Ini jelas kalau parti PAS sebelum 2004 parti ini digelar parti ekstrim, parti untuk orang orang tua yang nyanyok parti yang tidak bertamadun kalau ditakdirkan PAS memerintah menjadi kerajaan persekutuan tiada ada lagi lagu-lagu rock bakal kedengaran sama ada di corong-corong radio mahupun di kaca-kaca TV setiap hari 24 jam lagu-lagu nasyid dan hari-hari suara orang mengaji  berkumandangan   inilah tohoman dan persepsi para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam melemparkan fitnah dan tuduhan-tuduhan bukan saja tidak berasas malahan tidak masuk akal.

Demikian dijelaskan sendiri oleh Suhaizan Kayat Ketua  Dewan Pemuda   PAS Malaysia dalam ceramahnya dimajlis Muktamar Tahunan kali ke 27 anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang diadakan di Ballroom Ibis Hotel dekat sini malam tadi.

Namun pada hakikatnya pada hari ini PAS telah membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan muda sama ada yang berpendidikan tinggi atau sebaliknya untuk menjadi pepimpin bukan saja di peringkat cawangan bahkan diperingkat  bahagian dan ramai juga yang sudah bergelar Yang Berhormat dalam usia muda berbanding dengan system UMNO/BN memang tidak dinafikan golongan muda  memang wujud tetapi hanya diberi peluang tukang angkat sepanduk, bendera dan tukang pasang billboard  ditepi-tepi jalan semasa pilihanraya.

Perjuangan PAS semakin hari semakin mendapat sokongan bukan saja kepada golongan masyarakat Islam (Melayu) bahkan kepada masyarakat Cina dan India bila mana PAS menyetai gagasan dalam barisan Pakatan Rakyat yang membabitkan DAP, PKR dan PAS” kata Suhaizam.

Katanya lagi PAS di Sabah  dan di Sarawak juga seperti rakan dalam PR telah memainkan penting untuk memperjuangkan hak-hak asasi rakyat di kedua-dua negeri untuk menuntut tanah-tanah yang telah dicabuli termasuk menuntut royalty minyak daripada  5 persen hingga ke 20 peratus.
 
“Walaupun kami baru dua hari berada di daerah Sandakan banyak rugutan-rungutan atas tidak kepuasan hati bila mana kerajaan BN khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan menaikan kadar charge parking fee daripada 50 sen sejam  melonjak ke RM1,00 sejam.

Ini amat ketara sekali tindakan pihak kerajaan khususnya MPS menaikan kadar tersebut benar-benar satu penindasan kepada rakyat walaupun kerajaan bakal melaksakan GST pada tahun 2015 tidak semestinya  pihak MPS juga mengenakan GST untuk letak kereta” ujarnya.

“Inilah hadiah kerajaan BN kepada rakyat setelah mengecapi kemerdekaan  57 tahun  GST bakal dilaksanakan pada bulan April 2015 sementara MPS agensi kerajaan telah menghadiahkan kepada penduduk dan warga daerah Sandakan dengan kenaikan kadar charge parking fee yang bakal membebankan kepada rakyat yang mempunyai kenderaan.

Tambah Suhazan rakyat akan menghukum  apa saja tindakan kerajaan yang menyusahkan rakyat pada PRU 14 nanti  bagi masyarakat Cina, India Bumiputera yang membabitkan kaum Kadazan, Murut dan Dusun 80 peratus sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan  BN  negeri dan persekutuan kerana tidak henti-hentinya menyusahkan rakyat tetapi kalau pendatang asing tanpa izin PATI mereka tatang macam minyak masak yang penuh dibelanga

Turut hadir pada majlis tersebut Amsi Liew dari DAP Sandakan dan mantan calon Parlimen Libaran Mohd Serman Hassnar Ibrahim dan beberapa pemimpin kanan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dari beberapa kawasan

Saturday 30 August 2014

PENGARAH PELAJARAN SABAH BERI AMARAN GURU-GURU DARI SEMENANJUNG JANGAN HINA GURU-GURU TEMPATAN......JAME ALIP

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG
SHAIMON S JUMADI

KENINGAU:- Pepatah ada menyebut kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit ini adalah  gara-gara tindakan seorang guru sekolah Ustazah Nor Mastura yang menghina guru-guru anak kelahiran Sabah tidak berkelayakan berbanding guru-guru dari Semenanjung  kes ini  telah menimbulkan kemarahan  bukan saja terhadap guru-guru tempatan  bahkan  menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat dinegeri ini.
 
Disebabkan kebiadapan Nor Mastura itu lantaran Jabatan Pelajaran Negeri telah mengingatkan guru dan kakitangan pendidikan di Sabah untuk menahan diri daripada membuat kenyataan sensitif yang menyentuh kaum, agama dan wilayah kerana mereka boleh menjejaskan kestabilan negara serta negeri ini.
Pengarahnya Jame Alip berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang membuat kenyataan perkauman di laman media sosial termasuk Facebook.
“Jabatan ini tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang ingin menjejaskan hubungan erat dan perpaduan di kalangan rakyat di sini, termasuk dari golongan pendidik,” katanya.
Beliau mengulas tindakan seorang guru di kawasan pedalaman Nor Mastura (gambar) yang didakwa cuba memperlekehkan guru tempatan Sabah melalui media sosial baru-baru ini.
Tindakan akan diambil untuk memastikan bahawa pada masa akan datang pendidik tidak membuat kenyataan mengikut hawa nafsu mereka kerana ia hanya boleh merosakkan reputasi jabatan dan diri mereka sendiri.
Jame berkata laporan mengenai guru itu telah dihantar kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata guru-guru dan pendidik di Sabah, tanpa mengira kawasan, bangsa atau agama, perlu berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih matang.
“Jangan menghasut atau jejaskan kestabilan keharmonian kaum di negara ini, dan Sabah, khususnya, untuk kepentingan peribadi anda, sama ada dalam keadaan marah atau melalui tindakan provokatif, atau melalui mempromosikan diri untuk menjadi hero kaum anda, bangsa, atau agama,” katanya.
“Jika ada guru atau kakitangan Jabatan Pendidikan di negeri ini yang cuba untuk memarakkan api sentimen kaum, agama dan wilayah, tindakan tegas akan diambil di bawah prosedur yang sedia ada demi kepentingan keadilan dan keharmonian pelbagai kaum, agama dan negara.”
Beliau mengingatkan para pendidik yang bukan dari Sabah untuk tidak membezakan standard pembelajaran di sini dengan keadaan negeri mereka sendiri, kerana ia bukan sahaja merugikan tetapi juga boleh memberi kesan kepada masyarakat dan rakan sekerja.
Beliau menegaskan bahawa Sabah adalah contoh perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini dan lambang konsep 1Malaysia.

Sementara  Wartawan Kanan Free Sandakan Today. Net  sempat menemui Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Pengguna Sabah (CAPS) Hj Ali Ahmad  turut memuji Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Jame Alip kerana tidak berlengah-lengah mengambil tindakan tatatertip kepada guru terbabit yang dianggap bukan saja biadap bahkan boleh mencetuskan dan rasa kebancian rakyat Sabah dengan orang-orang Semenanjung.


“Saya berpendapat Ustazah Nor Mastura tidak wajar merendah-rendahkan profisyen guru-guru tempatan yang tidak berkalayakan setahu saya ramai-ramai anak-anak Sabah yang menjadi guru sama ada mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah 60 peratus mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda maaf Nor Mastura jangan hina guru-guru anak tempatan di negeri ini kerana mereka setaraf juga guru-guru yang diimport dari semenanjung yang  berkhidmat di Sabah” tegas Hj Ali.


Friday 29 August 2014

USTAZAH NOR MASTURA SEORANG GURU YANG DIANGGAP TERLALU BIADAP MENGHINA RAKYAT SABAH MEMALUI FBNYA

Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU: Seorang guru Ustazah Nor Mastura (gambar)  yang menghina rakyat Sabah melalui tulisannya yang dipaparkan di laman sosial FB baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan kepada anak jati Sabah.


Menurut sumber-sumber bahawa Nor Mastura adalah berasal dari Negeri Kelantan dan ditugaskan di Sabah yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ekoran tindakan guru yang dianggap kurang ajar dan biadap itu Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menggesa guru berkenaan meminta harus maaf daripada umum secara terbuka.
Naib Presiden Pekadin, Luis Lidong berkata, guru itu membuat kenyataan yang tidak sepatutnya kerana ia boleh menjejaskan hubungan di antara penduduk Sabah dan semenanjung.
“Komen guru itu boleh menjejaskan perpaduan negara melalui konsep 1Malaysia,” katanya menambah bahawa walaupun mereka menghargai sumbangan guru-guru dari semenanjung, komen menerusi media sosial itu adalah keterlaluan.
Guru itu, Nor Mastura adalah seorang Ustazah yang bertugas di sebuah sekolah di Tenom yang menghantar pos yang maksud penduduk Sabah tidak cemerlang tanpa guru-guru dari semenanjung dan mereka tidak ada kelayakan untuk menjadi guru.
Menurut Luis, penduduk Sabah dan bekas penuntut yang pernah diajar guru-guru dari semenanjung tidak pernah menafikan sumbangan mereka itu, malah usaha mereka dihargai.
Oleh itu katanya, Pekadin mahu guru itu meminta maaf kepada semua penduduk Sabah kerana membuat kenyataan negatif tersebut ini akan menimbulkan  rasa kebencian rakyat Sabah terhadap  orang-orang Semenanjung nanti.
Sementara itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa penjawat awam terutama guru-guru untuk sentiasa berhati-hati dan menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan orang lain.
Jurucakapnya, Goon Thien Shang berkata, mereka menghormati para guru sebab mereka bukan saja diberi kepercayaan untuk mendidik pelajar bagi mendapatkan pendidikan yang baik tetapi mereka juga mengajar nilai-nilai yang mulia.
Wartawan Free Sandakan Today.Net kelmarin sempat meminta pandangan beberapa orang guru-guru dari Semenanjung mereka juga tidak setuju tindakan Nor Mastura bercakap sedemikian kerana ini akan menyinggung perasaan seseorang dan ini akan menimbulkan rasa kebecian antara penduduk Sabah dan Semenanjung  hal ini guru berkenaan harus diambil tindakan tatatertip kerana tidak pandai menjaga sensitiviti dan cakap sembarangan saja.





Thursday 28 August 2014

BAZAR UP TOWN AKAN DIWUJUDKAN DI BANDAR LITAT PADA SEPTEMBER INI 50 GERAI SUDAH DITEMPAH......ALEX

Written by Admin

DARI  MEJA EDITORIAL  FST NEWS
SHER HA TOKOH @ EQYA
FOTO: APEK ANSUKOI

















USAHA murni  A M  Enterprise  yang berpejabat di Bandar Pasar Raya Km 7.8 Jalan Utara Sandakan yang  akan mengadakan projek Bazar  Up Town bertempat di Bandar Litat dekat sini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan laluan kepada peniaga  setempat khususnya kaum bumiputra untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Dalam wawancara eksklusif antara Pengurus A M Enterprise  Abdillah Musa @ Alex dengan Pengarang Kanan Portal Online Free Sandakan Today.Net Saimon  S Jumadi petang tadi Alex antara lain menjelaskan ini  adalah salahsatu matlamat dan objektif  untuk meningkatkan tahap ekonomi bumiputra bila mana mereka nanti turut sama menyertai  membuka perniagaan d igerai-gerai Up Town itu nanti.


Menurut Alek projek ini 
dijangka akan dimulakan pada September ini dengan mempelbagaikan jenis perniagaan akan diadakan seperti gerai menjual pakaian, gerai makan minum (take away)  dan buah-buahan  dan juga pentas hiburan untuk menghiburkan kepada para mengunjung.

Bazar  ini akan  diadakan saban   hari Isnin, Selasa   dan Rabu dan  setakat ini yang sudah mendaftar untuk memulakan menjalankan perniagaan mereka  mencecah  seramai 50 orang yang merangkumi 50 gerai.




WAWANCARA EKSKLUSIF...FST NEWS (SSJ) dengan Pengurus AM Enterprise Alex


Kata Alex lagi dengan wujudnya Bazar Up Town  ini nanti pada setiap minggu daerah Sandakan akan bertambah ramai terutama sekali ia merupakan tarikan pelancong luar dan dalam  tempat mereka berkunjung dan bersantai seraya menikmati juadah masakan tradisi orang tempatan.
  
“Saya bagi pihak A M  Enterprise mengucapkan  terima kasih kepada pemaju Bandar Litat bukan saja membenarkan  syarikat kami malahan menyokong usaha kami sehingga pihak Majlis Perbandaran Sandakan meluluskan permit untuk membolehkan kami memulakan mewujudkan projek ini” Ujar  Alex.
  
Saya juga ingin  mengucapkan terima kasih kepada pihak MPS kerana meluluskan permit projek ini dan disamping kami  akan sentiasa patuh segala arahan dan syarat-syarat yang diberikan oleh MPS mengenai  penjagaan kebersihan dipersekitran kawasan bazar itu" katanya.


Ketua Menteri Sabah Datuk  Seri Musa Hj Aman dijangka akan meyempurnakan upacara pembukaan Bazar Up Town ini  pada September ini.

PERSATUAN SILAT GERAK KILAT DIJEMPUT UNTUK BUAT PERSEMBAHAN SILAT PADA 9-09-2014 DI PADANG

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Sempena Sandakan Festival 2014  ini  Persatuan Silat Gerak Kilat  Saandakan (PSGKS) akan mengambil bahagian untuk membuat pertunjukan persembahan silat  Jurus  Kasuma dan Gerak 21 di pandang bandaran Sandakan pada  20 September ini.

Datu Jafardin Datu Banggalah Pengerusi persatuan tersebut memberitahu kepada Free Sandkan Today.Net petang tadi seramai 25 orang ahli seni Sila tersebut akan mempersembahkan silat tersebut atas undangan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  yang merupakan jawatankuasa pelaksana sambutan Sandakan Festival 2014 ini.

Kata Jafardin PSGKS telah ditubuhkan di daerah ini sudah berusia  10 tahun bermula pada tahun 2003 lagi dan banyak membuat persembahan dimajlis-majlis rasmi diperingkat sekolah-sekolah dan pernah  menyandang Johan Pertandingan silat peringkat negeri Sabah pada tahun ini.l


“Saya bagi pihak persatuan PSGKS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPS kerana telah menjemput persatuan ini untuk mengambil bahagian dalam pertunjukkan silat sempena sambutan Sandakan Festival 2014 di padang nanti dan kami akan mempersembahkan yang terbaik” ujarnya.

Wednesday 27 August 2014

70 PEATUS PENIAGA PASAR UMUM MENGELUH KERANA BANYAK KEROSAKAN TIDAK PERNAH DIBAIKI OLEH MPS

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Peniaga pakaian dan peniaga makanan dan minuman  Pasar Umum Bandar di bahagian tingkat 1  70 peratus mengeluh terhadap beberapa masalah  seperti kebocoran  paip, kipas angin tidak dibersihkan  kenvas penghadang mata hari/hujan ada yang sudah rosak tidak dibaiki dan tidak pernah dicuci walaupun kes ini sudah lebih 10 kali dilaporkan kepada phak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) namun tiada sebarang tindakan diambil hingga menimbulkan kontraversi di kalangan peniaga  setempat.
 
Selain itu gerai  bahagian penjual makan dan minum turut membuat aduan bahawa almari untuk menyimpan barang-barang niaga mereka banyak  yang sudah usang tetapi tidak juga diganti yang baru walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak MPS.

Menurut beberapa orang peniaga menjual pakaian yang mengadukan kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong sewaktu membuat tinjauan kepasar umum itu katanya ekoran kebocoran paip  yang tidak diperbaiki  banyak  barang-barang niaga mereka rosak akibat terkena titisan  air yang bau busuk mengalir dari tingkat 2  pasar berkenaan.
  
“Aduan demi aduan telah dibuat oleh para penjaja yang telah menjadi mangsa keadaan sudah berbulan-bulan lamanya namun sehingga kini  tiada sebarang  tindakan langsung diambil sedangkan kami membayar sewa  setiap bulan bukannya  percuma tetapi dari segi perkhidmatan sungguh amat mengecewakan” kata seorang penjaja  yang dikenali sebagai Umairah.

Dalam lawatan kepasar umum  pagi tadi Wong yang ditemani oleh  dua orang Pegawai Khas Parlimen Sandakan  Amsi Liew, Dayang Zubaidah Datu Tahil dan Pembantu Takbir Siti Fairuz  telah membuat beberapa tinjauan  lokasi dipersekitaran luar dan dalam pasar berkenaan.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Sandakan meminta jasa baik kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar dapat mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah pasar kerana telah menjadi beban dan masalah kepada para peniaga terbabit  yang telah menghadapi situasi yang kurang selesa dan tidak menyenangkan”  katanya kepada Wartawan Portal Online Free Sandakan Today. Net yang turut membuat liputan media mengenai lawatan kerja MP tersebut.

Beberapa pandangan yang telah diutarakan oleh beberpa peniaga di pasarkan berkanaan kalaulah masalah pasar seperti yang ada pada hari ini tidak dapat diselesaikan sehingga hingga tahun 2017  jangan harap calon Barisan Nasional (BN) dapat  menebus kembali kerusi Parlimen yang kini dimiliki oleh DAP.

“Ada wakil rakyat Tanjung Papatpun  pun tidak pandai membuat lawatan atau jengok-jengok masalah kami di pasar ini nanti kalau dekat pilihanraya baru sebuk buat lawatan sana sini” kata seorang penjaja yang hanya dikenali Salim.

“Saya bagi pihak warga Pasar Umum mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong walaupun daripada parti pembangkang DAP tidak pernah rasa pilih kasih atau membelakangangi kepentingan kaum bumiputera dibuat sama rata dengan kaum-kaum lain bila menerima aduan lantas bergegas membuat tinjauan kesesuatu tempat ini barulah namanya wakil rakyat berjiwa rakyat sentiasa perihatin terhadap permasalahan rakyat” kata Salim lagi yang  terlalu jengkel sudahlah ADUNnya tidak pandai melawat CDO dan Pemaju Mukimnya  batang hidung mereka langsung tidak kelihatan.


Dalam Umno, duit lebih berkuasa daripada Dr Mahathir

 By Admin


KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 25 August 2014

. 

Pemikiran dalam Umno adalah setiap hari berlalu akan mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa, oleh itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain. – Gambar fail, 25 Ogos, 2014.

Satu hari nanti, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyingkirkan beberapa timbalan perdana menteri dan perdana menteri akan diingati kerana akhirnya dikalahkan bukan oleh individu, tetapi wang ringgit.

Dr Mahathir tersilap perhitungan apabila menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila percaya ahli Umno masih mempunyai idealisme. Ataupun yang mereka masih bimbang tentang kejatuhan Malaysia.

Sebenarnya mereka sudah tidak peduli. Sudah berdekad lamanya.

Mereka hanya berkiblatkan wang dan kekayaan. Sebab itu pada hari ini, segala masalah atau ketidakpuashatian boleh diselesaikan sama ada dengan kontrak, projek, konsesi atau pemberian tunai.
Atau publisiti baik dan sokongan di kalangan penulis blog boleh diperolehi dengan gaji bulanan lumayan daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya.

Untuk berlaku adil, Dr Mahathir tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu dengan barah yang sudah merosakkan roh Umno ini.

Beliau mengakui serangan penyakit ini bermula ketika masih menjadi perdana menteri dan dasar penswastaan beliau melahirkan budaya cepat kaya.






Namun Dr Mahathir yang menarik kembali sokongan kepada Najib minggu lalu tidak memahami kuasa wang lebih kuat hari ini berbanding pada pertengahan 2006 apabila beliau memulakan serangan terhadap seorang perdana menteri.

Hari ini terdapat pemikiran dalam Umno setiap hari berlalu mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa. Disebabkan itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain.

Beberapa hari lalu, pegawai kerajaan diarahkan untuk melakukan rundingan terus dengan sebuah syarikat yang mana salah seorang pengarahnya merupakan anak kepada broker kuasa Umno.

Mengapa perlu pemimpin Umno ini menyertai kem Dr Mahathir dan mengkritik Najib? Apa kelebihan yang mereka dapat jika mengkritik status quo?

Dapat diperhatikan hari ini, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga tidak bersama Dr Mahathir yang mendakwa polisi Najib menyebabkan ekonomi negara menjadi lebih buruk dan merosakkan perpaduan sosial.

NGO-NGO ini merupakan penerima dana sama ada daripada kerajaan atau ahli perniagaan mesra kerajaan yang tidak berlaku sebelum ini.

Mereka tidak lagi peduli dengan kebimbangan tentang hubungan antara kaum, tabung negara semakin kosong atau Putrajaya tunduk kepada negara asing.

Dr Mahathir juga tidak disokong kali ini kerana dipercayai beliau menarik kembali sokongan kepada Najib kerana permintaan beliau ditolak perdana menteri dalam tiga perkara, meneruskan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura, pemberian geran RM1.7 bilion kepada Proton dan menghentikan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat1Malaysia (BR1M).

Kali ini Dr Mahathir juga tidak mempunyai orang-orang kuat di sekelilingnya. Dikatakan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin juga tidak begitu sihat.

Disebabkan budaya cepat kaya di kalangan ahli-ahli politik Umno, tidak mengejutkan Putrajaya tidak terganggu dengan penarikan sokongan Dr Mahathir terhadap Najib.

Kem Najib percaya, mereka lebih memahami Umno hari ini berbanding Dr Mahathir. – 25 Ogos, 2014.

-
BERITA INI SESUAI UNTUK DIBACA OLEH SEMUA ANGGOTA UMNO AGAR TAHU APA YANG TELAH TERJADI DAN AKAN TERJADI BUKAN KECO FASAL KRISIS PAKATAN RAKYAT SAJA



57 TAHUN MALAYSIA MERDEKA BERJAYA MEMBANGUNKAN ARUS PERDANA PEMBANGUNAN DENGAN PESATNYA......AMPONG

Written by Admin



OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO APEK ANSUKOI


SANDAKAN:-  Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan berbilangan anutan kepercayaan agama  yang berbeza seharusnya bersyukur dan berbangga   kerana setelah  negara ini menyampai kemerdekaan 57 tahun telah berjaya membangunan negara ini dalam aspek   arus   perdana  pembangunan dengan pestanya dan telah  dinikmati oleh rakyat jelata.

Walaupun negara kita mempunyai ramai suku kaum jelas perpaduan dilakangan masyarakat majmuk begitu baik  walaupun memang terdapat pergeseran disebabkan pernbezaan idologi fahaman politik tapi masih terkawal.

Ditambah lagi perkongsian kuasa dalam ala pentadbiran  samada ada diperingkat kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri berjalan baik.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampog KK Puyon berkata demikian ketika berucap dimajlis perasmian penutupan Seminar Keselamatan Patriotism 2014 anjuaran Jawatankuasa Keselamatan Negara  (JKN) yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan petang kelmarin.

“Memang tidak dinafikan ada segelintir rakyat di negara ini khususnya di Sabah menjadi petualang dan pengkhianat negara dan bangsa sehingga sanggup bersekongkol dengan rakyat asing menceroboh seperti yang terjadi di Pulau Tanduo Lahad Datu tahun lalu.

Tetapi dengan kepantasan pihak berkuasa yang melibatkan PDRM dan Angakatan Tentera kita berjaya menghapuskan para penjanayah tersebut” ujar Ampong

Semeniar Keselamatan Patriotism yang diadakan sehari bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam  3.00 petang telah  hadiri lebih 100 peserta.

Turut hadir  pada majlis  penutupan tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Abdul Hamid@ Hj Utung dan pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.





KPDNKK HARUS MENYIASAT TIINDAKAN PEMBORONG UTAMA KENAKAN SYARAT MEMBELI TEPUNG JENAMA LILI

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
AZMI AZMAN

SANDAKAN:-  Tindakan  beberapa  syarikat pemborong utama terutama sekali pembekal tepung gandum jenama Lili dan cap kuda yang mengenakan syarat kepada pemborong kedua dalam pembelian tepung jenama Lili telah mulai dipertikaikan oleh  beberapa  syarikat pemborong kedua dan peruncit kerana syarat ini benar-benar telah menimbulkan pelbagai masalah bukan saja kepada peruncit tetapi telah melibatkan kepada pelanggan persekitaran.

Masalah yang timbul di sini yang ingin dibentangkan untuk pengetahuan khusus pihak Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri Kepenggunaan dan Kopersasi (KPDNKK) yang membabitkan salah satu Syarikat Chung Kwong Sdn Bhd sebagai  pemborong dan pembekal utama tepung gandung jenama Lili dan cap Kuda.

Dalam itu  mana-mana pemborong kedua kalau hendak membeli tepung jenama Lili (tepung subsidi) sekotak yang mengandungi 10 bungkus seberat 1kg setiap sebungkus  diberikan syarat mereka dimestikan membeli juga tepung cap kuda ini syarat utama yang dikenakan seharusnya ada gandingan antara tepung Lili dan tepung cap kuda.

Tetapi kalau pemborong kedua tadi hanya membeli tepung cap kuda kenapa kalau mereka beli hingga ke 100 kotakpun  tidak pula dikenakan syarat mesti ada gandingan tepung jenama Lili.

Akibat perbuatan pemborong utama  yang mengenakan syarat sedemikian  maka pemborong keduapun terpaksa mengenakan  system yang sama,  mana-mana peruncit yang hendak membeli tepung jenama Lili dimestikan ada gandingannya tepung cap kuda.

Namun sebaliknya kalau peruncit tadi hendak membeli  tepung cap kuda dikecualikan tanpa  ada gandingannya sehingglah penyakit ini menjangkit dan melarat kepada peruncit.

Mana-mana pelanggan yang membeli tepung lili sebungkus berat 1kg harga RM1.35 sen dimestikan ada gandingannya tepung cap kuda yang berharga RM2.50 sen sebungkus seberat 1kg.

Fenomena ini telah menimbulkan kontraversi bukan saja kepada pemborong kedua atau peruncit bahkan kepada  pembeli (pengguna) kerana menyusahkan kenapa kalau pelanggan membeli tepung cap kuda tanpa ada gandingannya hanya tepung jenama Lili sahaja  diwajibkan ada gandingannya.


Pelanggan rata-rata hendak tahu cerita sebenarnya adakah system dan syarat seumpama ini yang dilakukan oleh Syarikat Chung Kwong memang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (LPDNKK ataupun memang  sengaja dibuat-buat oleh pihak pemborong utama itu sendiri.

Pihak  Free Sandakan Today.Net malam tadi setelah  menerima  banyak aduan dan rungutan daripada pelanggan mengerahkan beberapa krewnya  membuat tinjauan  ke  kebeberapa primes perniagaan yang merangkumi pusat-pusat membelibelah seperti Hamid Trading, Genting Mas dan Survey tidak pula mengenakan syarat  kepada  pelanggan kalau  mereka  hendak membeli tepung jenama Lili sebanyak manapun tanpa dikenakan adanya gandingan tepung cap kuda.

Ini jelas syarat yang dikeluarkan oleh beberapa Syarikat Pemborong seperti Syarikat Chung Kwong dan lain-lainnya memang disengajakan sebab kalau pemborong kedua dan pelangan memang mengutamakan dan fokus kepada tepung jenama Lili sebab harga murah hanya sebungkus RM1.35 sen berbanding harga tepung cap kuda RM2.50 sen

Disingkatkan cerita memang ramai pelanggan berminat membeli tepung jenama Lili terutama sekali mereka yang berniaga membuat kuih muih lantaran pihak pemborong utama kalau tidak mengenakan syarat seperti yang dijelaskan tadi ini  bakal menjejaskan stok tepung cap kuda berlambak dan ini  kurang laris dipasaran   inilah kepintaran minda pihak pemborong utama licik.

Disebabkan fenomena ini telah menyusahkan kepada peruncit dan pelanggan setempat seorang pelanggan yang sempat ditemubual mengenai kes tepung Lili yang dikenali sebagai Sulaiman Kadir  (gambar) bagi pihak seluruh pelanggan meminta kerajaan khususnya pihak KPDNKK agar dapat menemui kepada pihak pengurusan salah satunya  Syarikat Chung Kwong sebagai pemborong utama kenapa harus mengenakan syarat tersebut  kalau membeli tepung jenama Lili dimestikan ada gandingannya ini jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut tepung Lili.







Tuesday 26 August 2014

PELAJAR CEMERLANG BERPELUANG MENDAPAT BANTUAN PTPTN.....KATA AMPONG

Written By Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDKAN:- Kerajaan khususnya melalui agensinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memang sentiasa menitikberatkan kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan ke pengajian tinggi sama ada di dalam negeri dan luar negara.

Ini adalah dasar kerajaan mahukan  rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum di negara ini  mempunyai pendidikan tinggi dan berdaya saing dengan negara-negara luar untuk merentasi globalisasi atau dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar.



Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang juga  selaku Yang DiPetua PIBG  Sekolah Menengah Bestari Sandakan (SMK) Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian ketika berucap dimajlis upacara  Penyampaian Bayaran Awal PTPN P186 Sandakan yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna SMK Bestari Saandakan pagi tadi.

Ampong menegaskan para ibubapa haruslah menggalakan kepada anak-anak mereka supaya rajin-rajin belajar kerana seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam aspek akademik yang  cukup sudah pasti akan menjamin kehidupan sama depan mereka yang lebih baik bila dewasa nanti.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai PTPTN Negeri Sabah Cik Retnah.





HINA AGAMA HINA BANGSA DAN HINA RAJA OLEH PENGGUNA FB SEMAKIN BIADAP DAN KURANG AJAR....TEGAS ABU BAKAR YAHYA

Written by Admin 
OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:-  Setelah kerajaan bertindak menghampuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya dengan tujuan untuk memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat jelata dan menggantikan akta  ISA ialah Akta 15 Akta Hasutan 1948 pindaan 1971 tidak menunjukan keberhalisannya malahan diperlekehkan.
Sejak akhir-akhir ini pengguna media sosial dilihat semakin biadap dan bersikap kurang ajar dengan terus menerus memperlekehkan kuasa undang-undang dan institusi Raja, kata Yang Di-Pertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya
Ini berikutan seorang pengguna di laman Facebook dengan nama Hu Long memuat naik status berbaur penghinaan serta membuat tuduhan liar terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta keluarga Baginda.


Selain itu, Hu Long juga mengatakan Sultan Selangor yang berketurunan Lanun Bugis itu perlu dijatuhkan dan digantikan dengan wakil yang dipilih melalui demokrasi.
Perkasa Selangor menggesa supaya pihak berkuasa mengembalikan keadilan dan menjalankan undang-undang yang tegas terhadap mereka yang membuat penghinaan kepada institusi Raja.
“Ini kerana penghinaan terhadap raja-raja Melayu ini boleh mendatangkan pertembungan dan pergaduhan antara kaum. Jika dilihat Hu Long merupakan wanita berbangsa Cina dan dia telah menghina Sultan yang berbangsa Melayu.
“Lemparan pertuduhan yang berbaur perkauman ini boleh mendatangkan kemarahan kepada orang Melayu,” tegasnya ketika dihubungi oleh Free Sandakan Today.Net kelmarin.

Tambah beliau, pihak berkuasa juga perlu sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang melakukan penghinaan yang bersifat perkauman.
“Tindakan tegas dilakukan sama rata tidak kira kaum. Jika tidak dikawal perkara ini boleh menyebabkan negara hura-hara dengan perselisihan antara kaum,” jelasnya.
Sementara itu, esok, Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan membuat laporan polis mengenai kenyataan Hu Long itu di Balai Polis Dang Wangi, jam 11 pagi.
Hu Long juga telah mendapat kecaman daripada orang ramai terutama oleh pengguna laman sosial. Facebook Hu Long kini sudah tidak dapat diakses lagi.
Beliau juga sebelum ini mendakwa Sultan Sharafuddin sengaja bercuti di luar negara semata-mata kerana mahu mengelak dari bersemuka dengan calon Menteri Besar dari Pakatan Rakyat yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ramai masyarakat berpendapat kerajaan merupakan satu kesilapan besar memansuhkan akta ISA seperti yang ditegaskan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam Blogspotnya.

Inilah hasilnya banyak perkara buruk daripada perkara kebaikan berlaku  tidak kira bangsa Cina, Melayu dan India di Semenanjung mulai biadap tidak ada rasa segan silu sudah tidak pandai hormat dengan bangsa dan agama lain kalau nak menghina raja kah hina agama kah hina bangsa hina saja undang-undang yang sedia ada sudah diperlekehkan


Dalam konteks ini pihak berkuasa khususnya pihak polis harus sentiasa memantau kepada mana-mana individu yang melakukan penghinaan yang berbaur perkauman 

Monday 25 August 2014

Apa yang pihak pembangkang telah lakukan dengan betul - Khairy

 By Admin

BY ASTRO AWANI


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mengakui pihak pembangkang berjaya melakukan satu perkara yang betul iaitu apabila berjaya meraih undi generasi muda pada pilihan raya yang lalu meskipun masih banyak kelemahan di pihak mereka..

Ketua Pemuda UMNO itu juga mengakui bahawa pada pilihan raya umum lalu (PRU-13), Pakatan Rakyat telah memberi banyak peluang kepada golongan muda untuk mengisi jawatan dalam kepimpinan pakatan pembangkang.

Khairy percaya bahawa UMNO juga perlu membuat demikian iaitu meletakkan calon-calon yang lebih muda supaya mereka boleh mengisi jawatan tertinggi parti dan barisan kabinet untuk mendekati golongan belia.

"Apabila anda mempunyai anak-anak muda dalam kabinet dan kepimpinan tertinggi parti, dasar-dasar secara semulajadi menjadi mesra ke arah anak-anak muda. Kita perlu berbuat demikian," katanya semasa Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan bertema 'Malaysia: Getting On or Getting By' di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Khairy berkata golongan belia hari ini lebih mengambil berat tentang isu-isu mengenai pendapatan mereka, kos sara hidup, perumahan dan memiliki kereta mereka sendiri. Isu-isu yang perlu ditangani oleh kerajaan.

Khairy berkata kerajaan juga perlu menunjukkan tadbir urus yang baik, telus, jujur, mempunyai integriti dan sifat rendah diri. Inilah yang dituntut oleh golongan belia.

"Anda tidak boleh tidak mengendahkan sesiapa atau sesuatu perkara, anda perlu mempunyai sebuah kerajaan yang ‘open book’.

"Anak muda inginkan kerajaan yang bersikap konsisten. Dan jika anda boleh mendapatkan hak itu, anda boleh mendapatkan semua pengundi muda dengan anda," kata Ahli Parlimen Rembau.

Mengakui keperluan untuk menjana semula dan meremajakan kepimpinan kerajaan, Khairy berkata ia adalah sangat penting untuk mempunyai lebih banyak wakil daripada generasi muda dalam kabinet untuk mengadakan mesyuarat yang lebih baik diantara mereka yang muda dan mereka yang  berpengalaman.

"Bagi pilihan raya umum akan datang, UMNO mesti menampilkan calon lebih muda. Apabila kita mempunyai calon yang lebih muda, ia akan mempengaruhi keputusan pemilihan kabinet.

"Apabila kita mempunyai calon-calon yang lebih muda yang berkebolehan dalam pilihan raya umum akan datang, maka kita akan mempunyai lebih ramai generasi muda yang akan menganggotai (kabinet)," kata beliau.

Khairy juga berkata apabila dua generasi yang berbeza bertemu di kabinet dan membentangkan dua perspektif yang berbeza, ia akan menjana proses membuat keputusan yang lebih baik.

"Sudah tentu, saya tidak bersetuju bahawa semua orang dalam Kabinet perlu berada di bawah 50 atau di bawah 40 tahun. Saya rasa terdapat ramai ahli-ahli politik yang berusia lebih daripada 50 dan masih mampu berkongsi kebijaksanaan dan pengalaman mereka."

Khairy berkata orang-orang ini layak untuk memimpin negara kerana mereka telah berada lebih lama dan tahu bagaimana untuk menjalankan perkara-perkara yang lebih baik.

"Apa yang saya ingin lihat ialah gabungan bijak orang lama dan juga muda, idealistik, ahli politik yang berkobar yang boleh melengkapkan kebijaksanaan anggota kanan Kabinet," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata persepsi menjadikan pendidikan vokasional 'pilihan kedua' atau 'jalan terakhir' perlu ditukar.

"Pendidikan vokasional dan teknikal harus dilihat sebagai alternatif yang berdaya maju untuk seseorang yang mungkin tidak berminat dengan bidang akademik," katanya.

Beliau menegaskan bahawa beberapa negara-negara perindustrian tinggi seperti Jerman mempunyai penyertaan tinggi bagi pendidikan vokasional, manakala Malaysia hanya mempunyai kira-kira 30 peratus.

Di samping itu, ia adalah sangat kritikal untuk mendapatkan hak pendidikan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, katanya.