Tuesday 27 October 2015

SESI DIALOG DAN CERAMAH AMANAH DAPAT SAMBUTAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:  Parti Amanan Negara (AMANAH)  yang diketuai oleh Mohd Sabu yang menjawat-jawatan Presiden telah berkunjung ke daerah Sandakan baru-baru ini.

Setelah berada di Sandakan  satu sesi Dialog dan Ceramah yang  Parti Amanah telah diadakan di Kampung Bokara.;

Turut hadir pada sesi dialog dan ceramah tersebut ialah Haji Hamzah Abdullah  Pengerusi Amanah Sabah Ust Hasauddin Mohd Yunus Naib Presiden dan Adin Ismail Ketua Penerangan PKR Batu Sapi.

Antara agenda utama yang dibincangkan pada sesi dialog dan cemarah tersebut ialah menerangkan tentang perjuangan Parti Amanah kepada rakyat disamping mengatur strategi  parti bagaimana untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 nanti.

Untuk memantabkan perjuangan Amanah perlu mendapat kerjasama bersepadu dengan Pakatan Rakyat  antaranya PKR dan DAP barulah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai golongan rakyat di Negara ini.

Sunday 25 October 2015

DUA BERANAK RENTUNG DALAM KEJADIAN KEBAKARAN DI TUARAN



OLEH: THOMAS SINGGIUK

TUARAN:- Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di pekan Tuaran berhampiran Maktab Ken Tuaran telah menyebabkan dua beranak rentung di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu, dua mangsa yang ditemui rentung dikenali sebagai Fauziah, 48 dan anaknya, Habiburahman, 8.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohamad Asnan Led berkata, mangsa pertama ditemui pada pukul 3 pagi di bahagian bilik tidur tingkat bawah manakala mangsa kedua ditemui pada pukul 4.24 di depan tandas.
"Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.29 pagi dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.22 pagi," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi” Katanya kepada media

BICARA MINDA BERSAMA MUHYIDDIN YASSIN





 
TIMBALAN Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Prosesnya susah, tetapi ia mesti dilakukan bagi memastikan Umno terus kekal,” katanya dalam sesi soal jawab selepas sesi dialog `Bicara Minda bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin’ di Hotel Grand Blue Wave, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, perlu ada langkah drastik bagi mengelakkan orang ramai keluar daripada Umno disebabkan dakwaannya sebagai politik naungan dalam parti.

Bagaimanapun, dia mengingatkan ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti supaya berhati-hati sekiranya mereka berhasrat menubuhkan parti politik baru yang mungkin tidak bertahan lama.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang berusia 68 tahun itu dijemput berucap pada sesi dialog yang dikendalikan oleh penganalisa politik Universiti Islam Antarabangsa,

Dr Maszlee Malik. Sesi dialog anjuran Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 450 orang. Muhyiddin turut menyentuh peranannya dalam Umno susulan penyingkirannya daripada jawatan Kabinet pada 28 Julai lalu.

Dia mendakwa, peranannya dalam parti semakin berkurangan selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

“Ini boleh dilihat termasuk dalam mesyuarat pengurusan parti,” kata Muhyiddin sambil menambah bahawa parti tidak sepatutnya tergugat dengan perkara itu.

Beliau berkata, bagaimanapun dia maish kekal sebagai pemimpin paling kanan dalam Umno, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden parti. Muhyiddin berkata, sekiranya Umno ingin melucutkannya daripada jawatan parti, ia harus disebabkan faktor disiplin dengan tindakan dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.

Dia menegaskan bahawa dia tidak membuat sebarang kesalahan dan ahli Umno yang memilihnya menjawat jawatan itu disebabkan sumbangan yang tinggi olehnya kepada parti.
“Saya tidak meminta sokongan, tetapi harapan saya hanya untuk menyelamatkan parti,” kata Muhyiddin.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.