Sunday, 16 March 2014

PROJEK PEMBINAAN JALAN BYPASS BATU 8 JALAN LABUK MENDAPAT JAWAPAN DARIPADA MENTERI KERJA RAYA

Written by Admin
Sunday Mac 16. 2014-03-16


OLEH: SHAIMON S JUMADI


KUALA LUMPUR:- Dalam perbahasan Sidang Parlimen Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bertanya kepada Menteri Kerja Raya berhubung dengan pembinaan Projek Jalan Raya Bypass.

Soalan Stephen Wong:- Adakah pakej pertama projek Libaran Bypass di buka tender, dan bila kah projek itu akan bermula  dan dijangka siapa?
 
Berapa kah jumlah anggaran kos dan peruntukkan terkini untuk projek ini khususnya untuk keempat-empat pakej?


Jawapan Menteri Kerja Raya

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina Jalan Pintas Libaran, Sabah melibatkan skop membina jalan baru 4 lorong 2 hala dengan reka bentuk piawaian JKR R5 sepanjang 25km. Pelaksanaan projek ini telah dipecahkan kepada 4 pakej dan akan dilaksanakan secara berperingkat, tertakluk kepada kelulusan peruntukan Agensi Pusat

Dan  bagi tempoh Rolling Plan ke-4, RMke-10 ini, kerajaan telah bersetuju pakej 4 dilaksanakan terlebih dahulu dengan anggaran kos projek sebanyak RM92.5 juta. Pada masa kini tender untuk pakej berkenaan (Pakej 4 sepanjang 7.16km) telah dipanggil dan kontraktor dijangka akan memulakan kerja pembinaan pada bulan Jun 2014. Pakej ini akan mengambil tempoh masa pembinaan selama 24 bulan

Inilah antara soalan dan jawapan yang diberikan berhubung dengan projek pembinaan Jalan Bypass Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk




No comments:

Post a Comment