Sunday 30 March 2014

NORAINI SULONG PUJI PENGANJUR PERTANDINGAN NYANYIAN KARAOKE CONGKIL BAKAT TERPENDAM

Written by Admin
Sunday March  30. 2014-03-30


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI



SANDAKAN:- Usaha Kelab  Permotoran SBC Sandakan menganjurkan pertandingan nyanyian karaoke secara terbuka yang diadakan di Down Town  malam tadi ia merupakan usaha yang baik dan harus disokong oleh semua pihak kerana ia menjurus kepada menconkil bakat terpendam kepada para meminat seni suara di daerah ini.

Usaha sebegini harus diteruskan kerana melalui pertandingan sebegini mereka dapat mengetangakan  dan menonjolkan  bakat masing-masing di akhlayak ramai selain mereka dinobatkan sebagai johan bahkan mereka juga dapat habuan yang lumayan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong  ketika berucap melancarkan Pertandingan Karaoke Amal anjuran Kelab Pemotoran  SBC Sandakan  di sini malam tadi.

Seramai lima belas peserta yang mempersembahkan lagu-lagu bebas  dihadapan ribuan penonton masing-masing menonjolkan bakat yang terpendam.

Wartawan Free Sandakan Today yang nmembuat liputan pertandingan sempat bertanyakan kepada beberapa penonton yang menyaksikan program tersebut antara lain menjelaskan  mereka memang memuji usaha pihak penganjur kerana telah memberi peluang kepada orang ramai menyertai pertandingan ini tetapi juga amat mengecewakan sedikit kerana susunan acara tidak teratur sepatutnya masa yang diuntukan untuk program itu hanya 2 jam sahaja ini telah melebihi masa 4 jam.
 
“Sepatutnya cara persembahan tarian, persembahan nyanyian bukan peserta dan segala penyampaian bantuan-bantuan berkenaan seharusnya dilakukan semasa  pertandingan selesai iaitu sementara menunggu para jemaah pengadil dan juru mengira undi markah supaya para penonton tidak merasa bosan” kata seoarang penontong yang dikenali Asmat Karim dari Kampung Mangkalinau.



Diharap segala kelamahan dan segala kesilapan yang telah berlaku ini akan dijadikan panduan kepada pihak penganjur agar lebih berhati-hati dan lebih cermat agar ianya  tidak memperlihatkan kecacatan pada satu-satu program yang kedua pula  sebagai prngacara atau MC jangan terlalu banyak melalok atau bercelotih ini membosankan kepada penontong

No comments:

Post a Comment