Saturday, 22 March 2014

KERAJAAN PASTIKAN PENGELUARAN MAKANAN NEGARA MENCUKUPI UNTUK KOS MASALAH SARA HIDUP

Written by Admin
Saturday March 22.2014

OLEH AZMI AZMAN


BATU SAPI:-  Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara  sebagai satu langkah untuk menangani masalah kos sara hidup yang tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam persidangan Dewan Rakyat samada langkah-langkah yang diambil untuk pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara sebagai satu langkah untuk menangani masalah kos sara hidup yang tinggi

Langkah-langkah berkenaan adalah seperti :

Meneruskan pelaksanaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Kawasan Tumpuan Sasaran (KTS), Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian dan ladang kontrak.

Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran padi di kawasan jelapang, meningkatkan keupayaan pengairan daripada sekali setahun kepada 2 kali setaun dan daripada 2 kali setahun kepada 5 kali dalam dua tahun, memperkenalkan varieti baru dan padi hibird yang lebih produktif dan mempunayai daya tahan yang tinggi serta mengurangkan kerugian tuaian dan pasca tuaian bagi komoditi padi.

Membangunkan tanah pertanian secara integrasi, menumpukan  peneylidikann dan pembangunan (R&D), bagi peningkatan pengeluaran hasil secara mampan seperti pembangunan varieti dan baka yang berkualiti tinggi, pengeluaran benih, pengeluaran makanan ternakan dan akuakultur, bioteknologi, mekanisasi dan automasi sistem pengeluaran di bawah modified environment, kaji penyakit, piawaian dan gred serta pemuliharaan sumber dan teknologi hijau.

Meningkatkan penglibatan pihak swasta menerusi galakan pelaburan untuk menambah kapasiti pengeluaran dan sistem pengeluaran berteknologi tinggi.

Tingkatkan kerjasama dengan industri komoditi untuk memperluas aktiviti pengeluaran makanan di tanah yang tidak ditanam dengan tanaman komoditi.

Tanah di luar kawasan jelapang padi terutama di kawasan tanaman sekali setahun akan dipotimumkan penggunaannya dengan tanaman bernilai tinggi dan akuakultur.




No comments:

Post a Comment