Saturday, 15 March 2014

BN-PAKATAN MASING-MASING MEMPUNYAI KEYAKINAN CALUN=CALUN MEREKA MENANG PRK KERUSI DUN

Written by Admin
Saturday Mac 15.  2014



OLEH: SHAIMON S JUMADI


KAJANG:- Calon Barisan Nasionan (BN) daripada parti komponen BN MCA Chew Mei Fun yang bertanding  bagi pilihan raya kecil DUN Kajang  yang di tentang oleh  Datin  Seri Dr  Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadialan Rakyat  (PKR) mempunyai harapan cerah untuk menumbangkan pencabarnya.
  

Menurut Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Sharizat Abdul Jalil yang diwawancara oleh Wartawan Kanan Portal Free Sandakan Today sejurus selepas menyaksikan  penamaan calon di Konpleks Sukan Bangi tengahari tadi menjelaskan calon BN meletakan Chew Mei Fun memang amat sesuai kerana beliau mempunyai pengaruh besar bukan saja di kalangan masyarakat cina bahkan juga kaum Melayu dan India di kawasan DUN Kajang.
  
“Saya yakin calon PKR yang ditentang oleh BN akan hilang wang pertaruhan kerana minifesto BN untuk PRK Kajang antara lain menyebut Kemenangan BN adalah kesenangan rakyat” ujarnya.


Kata Shazirat lagi sudah 2 penggal Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangur bukan pula bertambah maju bahkan rakyatnya  semakin menderita dan papa kedana kerana semua barisan menteri-menterinya tidak pandai buat kerja berbanding dengan menteri-menteri kerajaan BN 100 peratus semuanya bijak-bijak belaka sehingga tahap kehidupan rakyatnya di seluruh negara 80 peratus hidup dalam kesenangan dan   sukar untuk mencari rakyatnya yang miskin inilah kecekapan para pemimpin BN memang tiada tolok bandingannya sehingga kerajaan BN di kagumi oleh negara-negara luar” katanya.

Katanya lagi kalau rakyat Kajang mahu cepat senang   maka undilah calon BN demi kemajuan rakyat ini saja jalan yang terbaik untuk rakyat Kajang di masa  depan nanti.

Sementara Ketua Puteri UMNO Ulu Langat yang sempat di temui iaitu Asumah Mohd Ali berkata untuk mencapai  kemenangan calon BN pada PRK di Kajang bukan semuda itu  para penyokong BN harus kena bekerja keras bagi meyakinkan para pengundi dalam membuat propaganda yang jelas supaya rakyat di Kajang begitu tertarik apa yang dilafaskan oleh para pengimpin calon BN dan menepis segala tohaman songsang daripada pihak pembangkang.
  
“Kami selaku ahli Puteri UMNO Ulu Langgat akan berkempen habis-habisan untuk memastikan calon BN Chew Mei Fun akan berjaya merampas semula kerusi DUN Kajang kembali manjadi milik BN” ujar Asuma.

Sementara dalam perkembangan yang berkaitan Wakil Rakyat Moyog yang juga selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Kepimpinan Parti Pakatan Sabah Terence Siambung  yang sempat ditemui di pusat penamaan calon PRK  Dun Kajang memberikan keyakinan bahawa calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding  menentang calon BN Chew Mei Fun akan mendapat mejoriti yang besar kerana masyarakat dan pengundi khususnya daripada kaum Cina, India dean Melayu akan memberikan kemenangannya yang besar untuk mengekalkan kerusi DUN Kajang milik parti Pakatan.

Katanya rakyat di Selangur sejak PAKATAN menerajui pemerintahan Selagor kedudukan  ekonomi negeriitu  dan kehidupan rakyat semakin baik.

“Saya percaya dan yakin BN tidak mudah menumpaskan calon PKR/Pakatan Rakyat kerana kerajaan negeri itu membuat rakyatnya hidup dalam kesenangan saksama tanpa siapa mereka berbanding dengan para pemimpin BN cakap tak serupa bikin" tegas” Terence lagi.






No comments:

Post a Comment