baru.Written
by Admin
Thursday
27, March 2014
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
Dadah adalah musuh utama negara
Sasaran utama PEMADAM
adalah untuk menambahkan ahli dan menurunkan jumlah penagih dadah dalam negera,
ini adalah sejajar dengan dasar-dasar
kerajaan dalam gerakan memerangi
dadah habis-habisan dan seterusnya ke arah negara bebas dadah 2015, PEMADAM
menggalas tanggungjawab yang berat bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Sehubungan itu katanya
PEMADAM juga melihat perhimpunan
sebegini sebagai satu langkah
platform yang dapat melibatkan
permuafakatan antara masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum untuk
bersatu bersama mencegah penyalahgunaan
dadah.
“Masyarakat hari ini
perlu disedarkan dengan penjanaan maklumat dan kemahiran yang cukup dalam
membina ketahan diri yang kental dan jitu daripada terjebak dan dipengaruhi najis dadah.
Harapan saya agar pendedahan anti dadah dan komitmen ahli-ahli PEMADAM di pereingkat daerah,
negeri dan negara dapat membangkitkan satu angkatan tenaga penggerak dan
menjadi satu gagasan membanteras dadah durjana ini.” Ujarnya.
Mesyuarat Tahunan
PEMADAM tersebut dipengerusikan oleh Hj Hamsan selaku Timbalan Pengerusi
PEMADAM dan dimana keududukkannya sebagai Timbalam Pengerusi PEMADAM Deaerah Sandakan
telah dikekalkan untuk penggal 2014-2015.
Naib Pengerusi dan Naib
Pengerusi Wanita masing-masing di sandang Haji Wahab Hj Alfah dan Noraini
Sulong.
Bagi Jawatan
Setiausaha, Bendahari dan Penerangan akan dilantik kemudian oleh Pengerusi
PEMADAM sendiri pada Mesyuarat AJK pertama badan itu nanti.
Dalam pemilihan barisan
AJK bagi sesi 2014-2015 selainnya AJK lama terus dikekalkan dan selebihnya melantik
AJK yang datangnya dari muka-muka baru.
No comments:
Post a Comment