Friday 21 March 2014

ABD HALIM DAN HJH JARIAH JOHAN QARI DAN QARIAH WAKIL ZON ELOPURA KE MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH 22 MAC INI

Written by Admin
Friday March 21. 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


ELOPURA:-  Johan Qari dan Qariah  Majlis Tilawah Al Quran Zon DUN Elopura yang diadakan di Masjid Jannatun Naim Sri Taman petang tadi masing-masing disandang oleh  Abdul Halim Manding dan Hajah Jariah Palaka.

Pengerusi Pelaksana Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Zon Elopura yang juga Ketua USIA Bahagian Sandakan Datuk Haji Alipudin Hj  Puyon memberitahu kepada wartawan Free Sandakan Today.com  Johan Qari dan Naib Johan Qari dan Johan Qariah mereka telah terpilih untuk mewakli Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sandakan yang diadakan di masjid yang sama bermula selepas solat Isyak pada 22 Maqc ini (esok)

Katanya lagi selain tujuan majlis  ini diadakan untuk memupuk semangat siratulrahim di kalangan masyarakat setempat  ianya juga menjurus untuk menggalakkan umat Islam supaya  cintakan Al-Quran disamping dapat mendalami bacaan ayat-ayat suci  Kitab Al Quran.

Beliau menambah  Johan  Qari dan Qariah  peringkat daerah Sandakan akan mewakili  ke  Majlis Tilawah Al Quran peringkat Negeri yang akan di adakan di Kudat sebagai tuan rumah pada 7-8 dan 9 April depan.

Selanjutnya Hj Alipudin menjemput masyarakat Islam di sekitar daerah ini supaya  beramai-ramai untuk menyaksikan sambil menghayati bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari pada peserta Qari dan Qariah.

Beliau berkata Johan Quri dan Johan Qariah akan menerima  wang tunai RM500.00 , sementara  Naib Johan  Qari dan Qariah serta tempat ketiga masing-masing bakal menerima wang tunai RM300.00 dan RM200.00 daripada pihak penganjur

Timbalan Yang DiPetua USIA Sabah yang juga selaku Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon akan merasmikan majlis tersebut.

Pihak penganjur juga akan menyediakan makan minum kepada para tetamu khususnya yang datang menyaksikan majlis yang penuh berkat itu nanti

No comments:

Post a Comment