Friday 7 March 2014

AHLI PARLIMEN SANDAKAN UCAP TERIMA KASIH KEPADA MPS ATAS TINDAKAN DRASTIK MEMBAIK PULIH PENUTUP PARIT

Written By Admin
Friday Mac 07.2014.

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Demi kepentingan rakyat pihak pembangkang juga mempunyai peranan yang sama untuk menyuarakan apa saja masalah yang ada hubung kait dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Oleh itu pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) harus juga mendengar suara-suara daripada para pemimpin pembangkang untuk kepentingan semua pihak tanpa mengira siapa mereka demi kesejahteraan rakyat jelata.
  
Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan Amsi Liew berkata demikian  kepada Wartawan Panas dan Sensasi Free Sandakan Today.com sejurus selepas membuat tinjauan ketapak  pembaik pulih penutup parit yang telah rosak   terletak di Jalan Leila berhadapan  dengan Bestmart Supermarket di sini kelmarin.

Dalam lawatan tersebut Amsi telah ditemani oleh Pegawai Khas II Dayang Zubaidah Datu Tahil dan Amsi bagi pihak Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang begitu pantas membaik pulih penutup parit yang rosak akibat dipijak trak anggota tentera tiga hari lalu.

“Tindakan sebegini rupa yang disenangi rakyat bila saja mendapat aduan daripada orang ramai dengan pantas kerja-kerja  membaik pulih segera dilaksanakan Syabas pihak MPS ujar Amsi Liew.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media khususnya Wartawan Free Sandakan Today.com kerana berani menegur atas beberapa kelemahan pihak berkuasa tempatan (PBT)  dalam menangani sesuatu masalah yang dihadapi oleh rakyat di satu-satu kawasan” tegas Liew.

Berhubung dengan masalah penduduk Taman Mesra tambah Liew pihak pejabat Parlimen Sandakan tidak akan putus asa  akan terus menghubungi pihak MPS untuk mencari jalan alternatif menangani masalah penduduk yang semakin kritikel dan perlu diselesaikan segera.




No comments:

Post a Comment