Tuesday, 18 March 2014

BOMO-BOMO DI MALAYSIA INI TIDAK MEMPERCAYAI LANGSUNG ADANYA QADA DAN QADAR ILLAHI

Written by Admin
Tuesday Marc 18.2014

 SOROTON DARI TEROPONG AJAIB PENGARANG SFT
SHAIMON S JUMADI
  
DI ZAMAN serba moden ini masih ada masyarakat di sekeliling kita yang masih mempercayaai sepenuhnya tentang tilik menilik sesuatu benda yang  gaib atau hilang yang dilakukan oleh orang-orang yang mengaku dirinya bomo.

Walaupun dalam agama Islam telah melarang sama sekali mempercayainya bomo-bomo khususnya yang tukang tilik sesuatu dan bukan saja hukumannya haram di sisi agama Islam bahkan ia merupakan perbuatan syirik kerana menilik sesuatu benda yang tak pasti itu telah melebihi kuasa Alah.

Contohnya seperti kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga ke hari ini masuk ke 11 hari masih belum ditemui lagi apa yang patut dan sesuai sebagai hamba Allah khususnya umat Islam kita banyakkan berdoa menganjurkan solat hajat berjemaah di masjid-masjid berkenaan memohon doa dan pentunjuk daripada Allah.

Begitu juga  para penganut agama-gama lainnya seperti agama Kristian, Buddha, Hindu  dan Shikh  harus mengadakan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masih memohon petunjuk dari Tuhan semoga yang menjadi mangsa dalam keadaan selamat.

Ini lain pula ceritanya ramai bomo yang ada di negara ini  mengambil kesempatan kononnya mereka tahu di mana keberadaan pesawat MH 370 itu mjendarat sekarang seraya  meneropong di sana sini di hadapan ribuan manusia yang diadakan di Lapangan Terbang KLIA.

Perbuatan para bomo-bomo tersebut bukan saja jadi bahan ketawa oleh bukan penganut Islam bahkah juga jadi bahan ijekan dan cemohan di kalangan masyarakat Islam sendiri kerana prilaku mereka duduk diatas sejadah itu persis tak ubah cerita Laksama DOREMI adegan yang  dilakukan oleh P Ramlee, Ibrahim Din dan AR Tompel.

Dalam pada itu ramai juga umat Islam yang kurang setuju kenapa kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih membenarkan bomo-bomo songsang itu melakukan pemujaan dan menilikan benda yang tak pasti wujud di mana keberadaan pesawat MH 370 yang masih hilang itu.

Kalau memang benar mereka itu bomo yang handal kenapa semasa meneropong sehingga kini belum ada khabar beritanya di mana sudah kapal terbang tersebut.


Seandainya bomo-bomo itu memang nujum macam cerita Pak Belalang  sudah tentu kaya jadi jutawan saban minggu mereka menang kena loteri kerana  mereka boleh tilik nombor 4 ekor Toto, Lotto Sabah 88 4D STC dan Magnum yang dipasang dan kalau alasan itu hukumnya haram sama juga menilik benda   yang tak pasti  main ramal saja syirik juga hukumnya di sisi agama Islam sehingga orang jadi terpisung dengan mempercayai  kata-kata bomo bomo-  itu.

No comments:

Post a Comment