Saturday, 15 March 2014

AMPONG DAN MUSA YAKIN CALON BN MENANG PRK KAJANG

Written by Admin
Saturday Mac 15.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KUALA LUMPUR:- Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyun juga mempunyai keyakinan besar calon BN Datin Seri Paduka Chew Mei Fun dengan mudah menumpaskan calon Parti PAKATAN  Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pertandingan Pilihanraya Kecil bagi merebut DUN kajang.

Katanya  ahli-ahli komponen BN harus bekerja kuat dan gerakan jentera disetiap sudut yang lebih kuat dean mantab untuk mempastikan kemenangan calon BN itu untuk merampas kembali kerusi yang didahulunya dimiliki BN dan kemudian jatuh ketangan PKR (Pakatan)

Ampung yang bertolak ke KL pada tanggal 10 Mac lalu bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Sandakan dan turut serta juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong.

Sebagai anggota dan ahli dalam parti komponen BN kata Ampong lagi kita harus membantu berkempen kepada calon BN daripada MCA iaitu Datin Paduka Chew Meiu Fun yang ditentang oleh calon Pakatan  Dain Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk kerusi DUN Kajang yang kosong ekoran Adun Kajang daripada PKR telah meletakan jawatan pada Februari  lalu.
 
Dalam pada itu sebagai penghormatan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan BN Sandakan merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman  dan rombongan daripada pemimpin Kanan UMNO Sabah yang datang ke Kajang untuk membantu kempen calon BN mereka telah diraihkan dalam satu majlis makan malam bersama rakyat.

Musa juga memberikan keyakinan bahawa calon BN akan menang tetapi terpaksa bekerja keras  dan memberi ceramah-ceramah yang bernas yang boleh menawan dan menambat hati para pengundi BN di kawasan DUN Kajang.

“Pesanan saya rakyat Kajang yang inginkan kemajuan dam aspek peredana pembangunan maka tentukan semasa hari membuang undi  jangan lupa panka lambing dacing dan undilah calon BN demi  kesejahteraan rakyat” tegasny

No comments:

Post a Comment