Saturday 22 March 2014

HARI WANITA SEDUNIA 2014 ANJURAN GABUNGAN WANITA UMNO,PEMADAM DAN JABATAN KESIHATAN DAPAT SAMBUTAN

Written by Admin
Saturday March 22. 2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:-  Hari Wanita di sambut pada setiap  8hb Mac bagi meraikan ,pencapaian wanita dari segi sosial,politik dan ekonomi disamping menarik perhatian dunia kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita.

Bagaimanapun , sambutan ini tidak terbatas kepada   satu hari iaitu tanggal 8hb Mac sahaja, namun saya percaya pihak lain seperti syarikat-syarikat dan pertubuhan bukankerajaan(NGO) juga telah  menyediakan pelbagai acara sepanjang bulan Mac sempena sambutan seperti pada hari ini.

Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kempen Kesihatan Wanita Bersama NGO sempena Hari Wanita Sedunia 2014 anjuran bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan,Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan dan Pejabat  Kelinik Kesihatan Sandakan.

“Dalam hubungan ini saya ingin mengajak rakyat agar dapat menghayati tema sambutan tahun ini yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  iaitu (Equality for Women is Progress of All)  “Kesaksamaan Wanita,Kemajuan untuk Semua” dalam konteks di Malaysia’ ujar Ampong.

Katanya lagi Wanita dan Kesihatan adalah topik yang sering menjadi perbualan dalam kalangan rakyat Malaysia, Berhubung lelaki, tubuh wanita mengalami perubahan yang besar apabila melalui peringkat remaja, dewasa sehingga menjadi seorang ibu dan akhirnya ke usia emas.

“Saya juga mengucapkan setinggi-tingii penghargaan kepada kaum wanita yang hadir pada hari  ini, saya yakin wanita yang bergelar ibu-ibu yang bangun awal pagi untuk meneyediakan sarapan untuk keluarga, wanita yang bergegas pulang dari kerja setiap hari untuk menyediakan makan malam untuk keluarga.
Wanita yang sentiasa mengutamakan keselesaan untuk dan kepentingan keluarga  daripada menjaga diri sendiri inilah peranan wanita selain menjaga makan minum kepada suami tetapi juga menjaga dan membesarkan anak-anak mereka sehingga mereka dewasa” katanya.

Sambil itu Ampong memuji  tindakan pihak penganjur program tersebut yang membabitkan Pergerakan Wanita UMNO Sandakan, Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan dan Jabatan Kesihatan atas kesefamaham mereka maka berjaya program yang penuh makna ini berjaya dianjurkan.
  
Katanya lagi penglibatan Dr Zaitun Yahaya wakil daripada Jabatan Kelinik Kesihatan dan juga peranaan Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan Noraini Sulong yang begitu mempunyai daya inisiatif dan enovatif menganjurkan program sebegini harus dijadikan  contoh dan tauladan jejak langkah mereka terhadap  mana-mana badan politik dan NGO di daerah Sandakan.

“Kita mahu program sebegini rupa harus diteruskan pada setiap tahun ini bukan saja ia menjuruskan kewujudan  jalinan hubungan muhibbah di kalangan masyarakat setempat yang berbilang kaum  bahkan ia memberikan ruang kepada para wanita untuk mendapatkah khidmat nasihat daripada dokror-doktor melalui majlis-majlis ceramah tentang penjagaan kesihatan wanita” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura Mohd Hj Utung dan ahli-ahli komponen BN serta  ahli-ahli daripada NGO.


Sebagai pengisian program tersebut pemeriksaan tekanan darah c
eramah, pameran  dan cabutan tiket bertuah.

No comments:

Post a Comment