By Admin
Monday March 31.2014
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012
Tarikh:
15 Disember 2012
Masa:
8.30 malam
Tempat:
Bilik Operasi
Senarai
Kehadiran
Datuk
Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk
Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul
Rahman Karimun
Raja
Arif Kamaruddin
Osman
Abdul Majid
Rahiman
Salleh
Majid
Hj Daud
Syed
Abul Hussin Syed Kismas
Abdul
Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan
Pengerusi
Mesyuarat
dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
Pengerusi
mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan
diluluslan tanpa pindaaan.
Pengerusi
mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini
bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan
untuk tahun 2013.
2.
Perkara-perkara berbangkit.
Datuk
Dr Sidek Baba
Datuk
Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan
ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung
di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan
tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan
lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.
Tiga
tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
Pertama,
mereka akan menulis,
mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.
Kedua, sidang-sidang media
akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan
familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Ketiga, bahan-bahan
bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di
kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis
telah dikenalpasti.
Percetakan
edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan
senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
Datuk
Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan
dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun
strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran
Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai
perbincangan ini ialah Senator
Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman
Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada
berapa nama lagi yang sedang diusahakan.
Datuk
Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa
itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa
lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.
Datuk
Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar
satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga
bagi mendapat
pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak
strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin
pandangan Tun boleh dikongsi bersama.
En
Osman Abdul Majid
En
Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk
membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari
mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran
selesai.
En
Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan
untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan.Kelihatannya
mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari
kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa
digunakan.
En
Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan
terdapat kemasukkan
Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat.
Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah
pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang
hebat.
En
Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di
negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan
arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus
dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam
Negeri.
Syed
Abul Hussin Syed Kismas
Tuan
Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang
kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu
Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh
Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan
Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi
menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi
kini tidak terurus.
Tuan
Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan
pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada
bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada
program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.
Antara
yang boleh diambil tindakan segera ialah:
1)
Lawatan ke Palestin
2)
Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
3)
Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand
4)
menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana
Menteri.
Raja
Ariff Kamaruddin
YM
Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan,
Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan
Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan
ke atas mereka.
YM
Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan
saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh
digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum
pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh
pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman
sahaja.
YM
Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India
yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk
mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah
dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan
dari pengetahuan umum.
3.
Lain-lain hal
Pengerusi
maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada
tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart
yang akan datang.
Parlimen
besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013
Akan
ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari
dan Februari 2013.
Satu
team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video
clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek
ini akan beroperasi diluar Negara.
Pengerusi
meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan
Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan
di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.
Tuan Majid Daud
diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu
pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan
gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana
kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita.
Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan
mengaku mereka dari kumpulan kita.
Pengerusi
memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari
Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.
Mesyuarat
akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan
tarikhnya.
Mesyuarat
ditangguhkan dengan membaca Wal’As.
What a ass licker
ReplyDelete