Written by Admin
Tuesday March 19. 2014
Oleh: SHAIMON S
JUMADI

Kehilangan pesawat MAS MH370 yang dilaporkan
hilang sejak Sabtu lepas sehingga ke hari ini masuk ke 11 hari masih belum
ditemui lagi walaupun banyak pihak berusaha membantu tetapi masih belum membuah
hasil.
Solat hajat ini bukan saja diadakan di negara
kita bahkan di negara-negara Islam lainnya turut menganjurkan solat hajat minta
hidayat daripada Allah supaya memberi petunjuk dimana sudah keberadaan pesawat
tersebut” Kata Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong kepada Free
Sandakan Today sejurus selepas mengerjakan solat hajat yang diadakan
dikediaman Hajah Siti Pulau di Jamjbatan
lorong 17 Kampung Sim-Sim dekat sini malam tadi.
“Kita sebagai hamba Allah ini saja yang kita
mempu membantu menerusi doa-doa melalui solat-solat yang kita lakukan untuk
meminta pentunjuk Allah yang maha Esa”kata Noraini.
Turut hadir beberapa orang pegawai dan kakitangan
daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan penduduk kampung berhampiran.
No comments:
Post a Comment