Thursday, 27 March 2014

JHEAINS SANDAKAN ABAIKAN KEROSAKAN MASJID AL SHEIKH HASBOLLAH AL-TOHIRI

Written by Admin
Tuesday March 25 2014-03-25

OLEH: SHAIMON S JUMADI




SANDAKAN:- Kurangnya perhatian pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) khususnya kerajaan dalam memantau permasalahan rumah-rumah ibadat khususnya  surau dan masjid  banyak yang berdepan dengan kerosakan langsung tidak diambil perhatian untuk dibaik pulih.


Sedangkan kerajaan telah banyak memperuntukkan  dan memberi dana yang sekucupnya untuk perongkosan bagi membiayai  membaik pulih kerosakan-kerosakan sama ada masjid atau surau-surau berkenaan tapi dana tersebut habis begitu saja.

Ini jelas dan  sebagai contoh terdapat beberapa kerosokan Masjid tertua di daerah Sandakan iaitu Masjid Al Shiekh Hasbollah  Al-Tohiri  yang terletak di lereng bukit kawasan Bandar langsung tidak diindahkan oleh JHEAINS walaupun keadaannya akan membahayakan kepada para jemaah yang mengerjakan solat setiap hari di situ.

Pegawai Khas II pejabat Parlimen kawasan Sandakan Dayang Zubaidah Datu Tahil (gambar) sempat merakamkan beberapa tempat yang mengalami kerosakan teruk dan perlu dibaiki segera sebelum mengundang kecelakaan kepada orang ramai.


Sebagai seorang hamba Allah dan bagi pihak umat Islam saya merayu kepada pihak JHEAINS Sandakan agar dapat membuat lawatan ke masjid ini supaya boleh melihat sendiri tentang keadaan di sekeliling kawasan masjid berkenaan  dan kemudian selanjutnya  mengambil tindakan untuk membaik pulih mana-mana yang didapti  rosak” ujarnya.



ROSAK...ini perlu dibaiki segera demi keselamatan para jemaah sebelum ianya mengundang maut


No comments:

Post a Comment