Saturday 1 March 2014

WONG MINTA KERAJAAN MENILAI SEMULA SISTEM PBS YANG MEMBEBANKAN KEPADA GURU-GURU

Written by Admin
Saturday March 01.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong meminta Kerajaan BN supaya jangan melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)  tanpa mengambil berat pandangan guru-guru dan pendidik di mana sudah dimaklumkan bahawa PBS tersebut tidak sesuai, sekiranya melaksanakan secara memaksa, ia akan memberi kesan kepada pencapaian pendidikan negara kita.

Beliau berkata bahawa dasar pendidikan Malaysia selalu diubah dan ia telah menyebabkan kemerosotan tahap pendidikan kebangsaan, namun begitu, Kementerian Pendidikan masih tidak sedar tentang isu tersebut.

Dalam pada itu Stephen Wong juga menegaskan bahawa sejak pelaksanan PBS, guru-guru terpaksa memberi masa yang lebih untuk mengurus maklumat murid berbanding dengan mengajar murid, dan keadaan ini menjejaskan kualiti pengajaran sekolah dan menyusahkan guru-guru.

Beliau berkata ekoran daripada tindakan Kerajaan BN yang  telah menyekat suara demokratik daripada pihak guru-guru menjadikan kemerosotan tahap pendidikan kebangsaan negara kita.

Ini jelas tambah Wong seperti terdapat sekumpulan guru berpendapat bahawa PBS tidak sesuai untuk negara kita, guru-guru tersebut lalu diambil tindakan dalam masa 24 jam ini tidak adil.
“Kerajaan bukan sahaja hanya mengkaji kesesuaian PBS, dan guru-guru yang bercakap kebenaran itu tidak harus diambil tindakan, manakala seharusnya bersyukur atas kejujuran guru-guru”katanya kepada Free Sandakan Today.com hari ini.

Wong menegaskan sekali lagi Kerajaan BN harus bertanggungjawab atas kemerosotan tahap pendidikan kebangsaan yang disebabkan pentukaran dasar-dasar yang tidak menentu itu.




No comments:

Post a Comment