Wednesday 19 March 2014

AMPONG JANGKA RASMI HARI SEDUNIA 2014 ANJURAN GAMBUNGAN 22 MAC INI,,,NORAINI SULONG

Written by Admin
Wednesday March 19.  2014

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2014 Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan dan Jabatan Kesihatan Sandakan akan menganjurkan  program Kempen Kesihatan Wanita Bersama NGO bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan pada 22 Mac ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga jam 2.30 petang.

Pengerusi Bersama program tersebut yang juga Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata tujuan program gabungan ini diadakan selain untuk memupuk siratulrahim di kalangan masyarakat setempat ia juga mendedahkan banyak perkara yang berkaitan dengan kesihatan kaum wanita.

Kata Noraini sebagai pengisian program tersebut antaranya ceramah kesihatan, pemeriksaan darah, pameran dan cabutan tiket bertuah.

Program tersebut dijangka akan dirsempornakan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampung Hj Puyon.

Orang ramai  di sekitar daerah Sandakan adalah dijemput datang ke Dewan Masyarakat Sandakan pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan itu

No comments:

Post a Comment