Thursday, 6 March 2014

BR1M BOLEH BANTU BEBAN RAKYAT................. KATA CHARLES PANG

Written by Admin
Thursday Mac 06.2014

OLEH: SHAIMON  S JUMADI

SANDAKAN: Rakyat disaran terus mengekalkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan dan kebajikan semua golongan terbela.

LAUTAN MANUSIA....Berpusu-pusu untuk mengambil BR1M masing-masing


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang, berkata kesungguhan kerajaan mencerminkan keikhlasannya yang sentiasa berusaha bagi membolehkan rakyat terutama yang kurang kemampuan mendapat pembelaan sebaik-baiknya.

Beliau mengambil contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan untuk kali ketiga ini memperlihatkan komitmen tinggi kerajaan membantu rakyat supaya apa jua beban akibat peningkatan kos sara hidup dapat ditangani bersama.

Sehubungan dengan itu, katanya, rakyat khusus penerima BR1M 3.0 ini agar memanfaatkan sebaik mungkin bantuan berkenaan demi manfaat diri serta keluarga sekali gus membantu mereka dalam memantap perbelanjaan masing-masing.

Katanya, penerima bantuan hendaklah membelanjakan wang BR1M dengan bijak dan bukannya yang tidak berkaitan dengan keperluan mereka memandangkan pemberian ini cukup jelas membuktikan bahawa kerajaan mengotakan janjinya untuk kepentingan semua kaum.
 
GEMBIRA...Kelihatan para penerima BR1M begitu gembira




"Pemberian BR1M untuk kali ketiga ini telah memberikan banyak manfaat kepada semua. Inilah bukti bahawa kerajaan BN sangat prihatin terhadap apa jua keperluan rakyat manakala bantuan yang diberikan, bukan sahaja BR1M tetapi juga pihak kerajaan turut menyediakan bermacam-macam bantuan dan inisiatif secara percuma khususnya melibatkan soal pendidikan kepada anak-anak.

"Justerus, berikan sokongan yang cukup padu agar kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terus kukuh dan sekali gus membolehkannya melaksanakan pelbagai pembangunan demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini," jelasnya.

Charles menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian BR1M 3.0 peringkat DUN Sekong dan Karamunting di Dewan Masyarakat, di sini, pagi kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tshen Thau Lin; Adun Sekong merangkap Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

Pada majlis itu, seramai 3,731 orang penerima daripada kawasan Parlimen Batu Sapi yang merangkumi Sekong dan Karamunting menerima BR1M melalui pelbagai peringkat bantuan termasuklah golongan warga emas serta golongan muda.

Terdahulu, Linda Tshen sewaktu berucap menegaskan sokongan padu perlu terus diberikan kepada kerajaan sedia ada memandangkan rakyat sendiri dapat menyaksikan betapa prihatinnya BN yang mengamalkan dasar 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Ujarnya, bantuan rakyat 1Malaysia seperti BR1M yang diberikan untuk kali ketiga kepada semua rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah tanpa mengira kaum dan agama telah mencerminkan dasar terbaik diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib.

"Saya menyeru agar semua pihak terus menyokong dan bekerjasama dengan pihak kerajaan persekutuan dan negeri memandangkan dari segi faktor ekonomi yang stabil, masyarakat yang bersatu padu, kemajuan teknologi di samping peluang pekerjaaan dan persekitaran yang damai sebenarnya diwujudkan hasil kebijaksanaan pemimpin BN.

"Oleh hal yang demikian, seperti kita saksikan sendiri ... kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang sentiasa mementingkan kebajikan semua rakyat jelata. Selain BR1M, kerajaan BN juga menyediakan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah seperti bantuan kepada para pelajar," tambah beliau.



No comments:

Post a Comment