Wednesday, 5 March 2014

PENDUDUK TAMAN MESRA MOHON PERDANA MENTERI DAN KETUA MENTERI CAMPURKAN SELESAIKAN MASALAH TAMAN MESRA

Written by Admin
Wednesday Mac  05.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

ELOPURA:- Masalah air tumpah  melempah ruah daripada tangki sudah hampir tiga bulan yang membelenggu  penduduk Taman Mesra hampir 80 peratus  blok terlibat dalam fenomena ini nampaknya  pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) terbukti gagal menyesaikan masalah tersebut.


BANJIR....Tingkat 3 Blok 57
air dari atas tangki tumpah melempah ruah membasahi ruang tamu sampai bila kes ini boleh selesai MPS gagal tangani


Dalam pada itu sudah beberapa kali para pemimpin kerajaan membuat tinjauan kemudian berjumpa bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan MPS pun gagal juga langsung tidak diambil perhatian.

  
Rasa tidak puas hati sebilangan penduduk terbabit kemudian  telah memanggil Ahli Parlimen Sandakan (DAP) atas rasa belas ehsan  dan anggungjawab sebagai Wakil Rakyat Parlimen untuk menyelesaikan kemelut tersebut  Stephen Wong bersama-sama Pegawai Khasnya iaitu Amsi Liew dan Dayang Zubaidah Datu Tahil telah membuat lawatan dua kali ke Taman Mesra untuk meninjau sama ada keadaan tersebut sudah selesai tetapi nampaknya tiada perubahan langsung kemudian disusuli surat rasmi namun semua surat sama ada daripada pejabat Parlimen mahupun pejabat ADUN Elopura  kesemuanya dibuang ke dalam tong sampah.

Allah saya yang tahu kemurkahan dan kemarahan  para penduduk Taman Mesra kepada pihak MPS ada yang berhajat hendak mengadakan solat hajat berjemaah di masjid meminta kepada Allah turunkan bala dan malapetaka  supaya para pagawai berkenaan  yang sengaja melengah-lengahkan masalah Taman Mesra yang semakin kritikal ini  agar mereka ditimpa bala yang mengerikan sehingga  tujuh keturunan...Allah Akhbar.

Terdapat beberapa orang penyokong kuat Barisan Nasional (BN) berhajat membawa perkara ini kepengetahuan Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak kerana mereka sudahpun membuat satu memorandum akan disampaikan kepada Perdana Menteri oleh beberapa orang Penyokong BN sebaik saja mereka sampai di Putra Jaya pada 10 Mac iini nanti

Dalam kandungan memorandum tersebut adalah menghentam habis-habisan pihak MPS daripada Presiden sehingga ke para pegawai kanan kerana gagal menyelesaikan pelbagai yang sedang dihadapi  penduduk Taman Mesra sehingga perkara ini menjadi tomohan, cacian dan ejekan para parti-parti pembangkang.

Menurut sumber itu lagi ini saja jalan terbaik sebab kalau setakat suara-suara sumbang wakil-wakil rakyat di sini pihak MPS tidak akan melayani mereka langsung tidak hormat jadi jalan terbaik untuk membantu penduduk Taman Mesra hanya Perdana Menteri saja yang boleh menyelesaikannya.
 
“Kami harap Perdana Menteri Malaysia YAB Datu Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan juga YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman membaca berita yang tersiar di portal Online Free Sandakan Today.com sudah pastinya mereka berdua  benar-benar amat kecewa kenapa pihak MPS gagal menangani kemelut yang tiada kesudahannya ini” kata sumber itu lagi.
  
Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh  Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia untuk menangani isu Taman Mesra ini.





No comments:

Post a Comment