Thursday 6 March 2014

MP SANDAKAN PUAS HATI ATAS TAKLIMAT JKR MENGENAI PROJEK JALAN BATU 8 - BATU 16

Written by Admin
Thursday  Mac 06.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:-  Masalah mengenai pembinaan Projek Jalan Raya Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk yang sehingga kini sedang dalam pelaksanaan telah dibincangkan dalam satu Mesyuarat khas yang dipengerusi sendiri oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong kelmarin di bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama Jeffrey (Wakil JKR) dan tiga orang yang mewakili  syarikat kontraktor masing-masing  antaranya Lou (Wakil Kontraktor)  Ling Kontraktor Fasa 2 Libaran Bypass Project) Fokus Mega dan Lee Kontraktor Fasa 1  Libaran Bypass Project) Advance Growth.


Sementara turut hadir sama  dari Pejabat Perhubungan Parlimen Sandakan Amsi Liew Pegawai Khas 1 Dayang Zubaidah Tahil Pegawai  Khas  II Siti Fairuz Pembantu  Khas Shaimon S Jumadi  dan  Saffie S Jumadi (Media) Free Sandakan Today.com.

Dalam mesyuarat tersebut yang dijalankan lebih kurang satu setengah jam itu antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai Projek Jalan Batu-Sapi, Jalan Batu 8 hingga Batu 16 Jalan Labuk, masalah kawat (cable) Telekom yang bermasalah dan tidak berfungsi disebabkan  terbabit dalam kerja-kerja pelebaran projek jalan.


Selain itu, lampu Isyarat (Traffic Light) di Taman Tyng dan juga mengenai Speed Track di Jalan Lintas Baru dan Jalan Buli Sim-Sim turut dibincangkan.

Dalam Mesyuarat tersebut pihak JKR mahupun pihak kontraktor terbabit masing-masing memberikan penjelasan dengan lebih terperinci mengenai pelbagai kemelut dan masalah yang sedang dan telah dihadapi oleh pihak kontraktor. Ahli Parlimen Sandakan telah  berpuas hati segala kenyataan yang dihuraikan itu.

Wong berkata pihaknya banyak  menerima  aduan daripada orang ramai mengenai kelewatan pembinaan projek yang dimaksudkan itu.

“Sebagai Ahli Parlimen saya memang bertanggungjawab dan mengambil tahu serba sedikit tentang perkembangan pelaksanaan projek Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk termasuk hal-hal lain yang berkaitan dengan permasalahan rakyat  agar dapat diatasi dengan sebaik mungkin”ujar Wong.

Dalam taklimat pihak JKR menjelaskan  bahawa kontraktor lama  gagal menyiapkan projek tersebut kerana menghadapi masalah kewangan .

Menurut JKR jalan sepanjang 6km bagi projek Libaran Bypass telah diisytiharkan sebagai jalan gravel pada masa ini.

Menurut pihak yang berkenaan bahawa kontraktor baru akan dilantik dengan secepat mungkin untuk menyambung kerja pembinaan jalan tersebut, dan tuntutan kos pembinaan dirujuk kepada pihak kerajaan manakala  kerajaan pula akan memproses tuntutan tersebut kepada kontraktor lama.

Wong selanjutnya mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR dan  wakil kepada syarikat kontraktor masing-masing kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memberi maklum balas mengenai  apa-apa perkara yang telah dibincangkan itu.




No comments:

Post a Comment