Wednesday 5 March 2014

WAKIL RAKYAT GUM-GUM DAN AHLI PARLIMEN LIBARAN SEGERA ATASI MASALAH AIR KG GUM-GUM KECIL DAN KG BIM-BIM

Written by Admin
Wednesday Mac 05.2014

Surat Terbuka Kepada Editor

Assalammualaikum . Saya terpanggil untuk menulis secara ringkas dalam blog/Portal Free Sandakan Today.com  ini sekadar untuk memohon simpati kepada YB yang berkenaan. 
Kita sering mendengar dan menonton kes kekurangan air di Semenanjung melalui media elektronik atau media cetak.

Tetapi kita terlupa bahawa rakyat kita di kawasan Libaran ini juga sebenarnya menghadapi masalah yang sama. Isu kita di sepanjang Jalan Gum-Gum Kecil bt. 16 sehingga ke simpang Kg. Bim-Bim ialah tiada bekalan air langsung. Penduduk di sini hanya bergantung kepada air hujan dan perigi. Bila hujan tak turun terpaksa keluar di kedai dekat tamu Gum-Gum untuk membeli air.

Diringkaskan cerita. Sesiapa yang terbaca rintihan kasih ini, mohon disampaikan kepada yang berkaitan supaya boleh diperjuangkan. Setakat ini bekalan air hanya sampai di simpang SMK Gum-Gum sahaja.

Mohon kasih daripada pemimpin ,
Budun bin Muari,
Pesara.
Top of Form



No comments:

Post a Comment