Sunday 23 March 2014

CDO ELOPURA UCAP TERIMA KASIH KEPADA ADUN ELOPURA, MPS DAN USIA SANDAKAN ATAS SUMBANGAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

Written by Admin
Sunday March 23. 2014


OLEH: AZMI AZMAN

 
ELOPURA:- Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura yang juga selaku Pengerusi Badan Dakwah DUN Elopura Mohd Hj Abdul hamid @ Utung (gambar)  mengucapkan  terima  kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Elopura khususnya Datuk Au Kam Wah atas kesudian menyumbangkan sebanyak RM3000,00  dan begitu  juga pihak  Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  menyumbangkan RM3000.00 untuk menjayakan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Sandakan yang dilangsungkan pada 22 Mac ini bertempat di Masjid Jannatun Naim Sri Taman dekat sini malam tadi.

Saya juga selaku Jawatankuasa Penganjur majlis tersebut tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Ketua USIA Bahagian Sandakan Datuk Hi Alipudin Hj Puyon kerana memberikan kerjasama sama kepada badan Dakwah DUN Elopura semasa mengadakan Majlis Tilaawah Al Quran Peringkat Zon DUN Elopura di masjid yang sama.
 
Ucapan terima kasih juga kepada para ahli-ahli Jawatan kuasa penganjur majlis Tilawah kerana bertungkus lumus membantu bagi menjayakan majlis tersebut sehingga berjalan dengan baik dan tak lupa kepada pihak media Portal Online Free Sandakan Today.com yang diketuai oleh Pengarang Kanannya Saimon S Jumadi dan beberapa orang krewnya turut membantu dari awal sehingga kepenghujung majlis tersebut terus setia bersama kami untuk membuat liputan awal dan akhir.

Katanya semoga kerjasama seperti ini berkekalan untuk program dilain-lain  tahun mendatang demi menjayakan segala aktiviti-aktiviti yang telah disusun rapi.
 

Berhubung dengan sambutan Majlis Tilawah Al Quran Peringtkat Daerah itu yang agak kurang sambutan daripada masyaralat Islam di daerah ini memang agak mengecewakan  sedikit  dan menurut Mohd ini sebenarnya berpunca daripada  kurang hebahan yang disebarkan teruma sekali hebahan radio RTM dan kedua kurangan heban- melalui media cetak dan portal.

No comments:

Post a Comment