Sunday 9 March 2014

MESYUARAT BULANAN KE 4 WANITA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN BERJALAN LANCAR....NORAINI

Written by Admin
Sunday Mac 09.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Mesyuarat Bulanan ke 4 Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian UMNO telah diadakan di Bilik Mesyuarat  Medan Selera di sini dan dipengerusi sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong.

Mesyuarat yang  bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 4.30 pm telah membincangkan beberapa agenda penting yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti UMNO Wanita Sandakan sepanjang tahun ini 2014.

Noraini amat berpuas hati atas  kerjasama yang diberikan oleh semua AJK WanIta UMNO Sandakan kerana begitu komited  dalam menyertai  apa saja aktiviti yang dijalankan.

Selain itu Noraini juga menjelaskan bahawa pada 22 Mac ini Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan,Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Sandakan akan mengadakan Program Kempen Kesihatan Wanita Bersama NGO sempena Hari Wanita Sedunia 2014 bertempat di Dewan Masyarakat  Sandakan bermula Jam 7.30 pagi hingga  jam 2.00 petang.

Katanya semua AJK Wanita Bahagian UMNO Sandakan dimestikan datang ke program tersebut kerana secara atomatik mereka adalah ahli jawatankuasa penganjur gabungan pada program itu.


ALBUM KENANGAN.....Noraini bersama-sama AJK Wanita Bahagian UMNO Sandakan



No comments:

Post a Comment