Friday 7 March 2014

KEMPEN KESIHATAN WANITA SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2014 AKAN DIADAKAN PADA 22 MAC INI

Written by Admin
Thursday Mac 07.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana-Petugas Kempen Kesihatan Wanita bersama NGO yang melibat Pejabat Kesihatan Sandakan, Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan dan Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan telah dilangsungkan di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Sandakan petang tadi.

Dr Zaitun Yahaya  Pakar Perubatan Keluarga UD54  Klinik Kesihatan Sandakan telah mempengerusikan Mesyuarat tersebut yang bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.
  
Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong yang juga selaku Pengerusi Biro Hal Ehwa Wanita Pemadam Sandakan.
 
Tujuan Mesyuarat tersebut ialah  membincangkan beberapa perkara penting yang ada kaitan dengan program  Kempen Kesihatan Wanita bersama NGO sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2014.
  
Program anjuran bersama ini telah ditetapkan pada 22 Mac ini bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jamk 2.00 petang.

Menurut Dr Zaitun lagi  sebagai pengisian program itu antara lain ceramah kesihatan oleh doctor-doktor berkenaan pemeriksaan  darah, pameran dan cabutan tiket bertuah.

Dalam penjelasan Ketua Wanita UMNO Noraini mengenai penganjuran program tersebut pihaknya akan  menjemput beberapa badan NGO di daerah ini  untuk menyertai program tersebut.

Mengenai  perasmian program itu nanti kata Noraini sedang dalam peringkat perbincangan untuk mencari siapa yang sesuai untuk melakukan upacara perasmian program  itu kelak.

No comments:

Post a Comment