Friday, 8 November 2013

SISTEM MYSIKAP JPJ BUKAN MENYENANGKAN BAHKAN MENYUSAHKAN RAKYAT. SELURUH NEGARA ...WONG


Thursday 08 November 2013
Written by Admin

OLEHl SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menyifatkan Sistem Mysikap yang diperkenalkan dan telah dilancar oleh Kementerian  Pengangkutan  baru-baru ini langsung tidak boleh diguna pakai oleh para pengguna setempat  kerana system tersebut saban hari telah menyusahkan dan menyulitkan rakyat yang berurusan.



Wong kepada demikian kepada Free Sandakan Today semasa  lawatan mengejut ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sandakan petang tadi  untuk menemui pelanggan yang berurusan dengan JPJ sama ada membaharui lesen memandu mahupun membaharui cukai jalan (Road Tax) .

ADUAN....Wong menerima aduan daripada warga tua ini yang  sudah hampir 10 hari berurusan dengan JPJ  belum selesai

Dalam lawatan tersebut Wong  bersama pegawai khasnya telah mendapati keadaan di ruang kaunter kelihatan terlalu sesak oleh lautan manusia yang berurusan dengan JPJ tetapi tidak boleh diselesaikan dalam satu jam  dan  8 jam pun tahu beres  malahan ada yang sampai 4 hari itupun masih belum selesai


Wartawan Kanan Free Sandakan Today sempat  menemui beberapa orang pelanggan masing-masing mendakwa   disebabkan ketiadaan Q matik  selama hampir empat bulan benar-benar telah menyusahkan pelanggan  mereka hanya menggunakan seorang pegawal keselamatan terpek terlolong  memanggil nama  pelanggan yang mendapat nombor giliran.
 SESAK...Beginilah keadaan saban hari pagi dan petang  di pejabat JPJ sesak oleh lautan manusia yang berurusan tidak bisa beres untuk selama-lamanya

 "System Mysikap yang diguna pakai sekarang bukan saja  di pejabat JPJ Sandakan yang bermasalah  bahkan   seluruh  negara menghadapi masalah yang sama" Ujar Wong.

   
TELETI... Wong sedang meneliti penjelasan pelanggan yang  mendakwa hanpir 3 minggu belum selesai membayar cukai jalan dan lesen memandu
Wong berkata sepatutnya pihak kementerian pengangkutan  tidak perlu melancarkan ataupun menguatkuasakan  dahulu  system Mysikap ini kalau belum  siap sedia  lagi  sekarang  apa sudah jadi setiap  hari  pegawai dan kakitangan JPJ menerima maki hamun  dan cemohan daripada  para pelanggan  marah sedangkan ini bukan salah pegawai JPJ yang mahukan system sebegini diguna pakai.


“Saya faham pegawai JPJ juga rasa tertekan akibat perbuatan pihak Kementerian yaqng terlalu memerah  tenaga mereka bagi mewujudkan dan  memperkenalkan   serta  menguatkuasakan system tersebut   yang belum bersiap sedia apapun saya akan bawa perkara  ini ke sidang parlimen  untuk dibahas  sambil minta penjelasan dengan menteri terbabit” ujarnya Wong.


Wong berkata ekoran pihak JPJ menggunakan sistem MySikap  yang tidak sesuai ini ramai  di kalangan  pelanggannya yang mahu membayar  cukai jalan dan  lesen pemandu sebelum taman tempohnya jadi terlambat sebab kalau satu dua hari belum tentu boleh selesai sekurag-kurangnya mahu juga seminggu akhir mereka jadi mangsa saman oleh pihak trafik dan JPJ sendiri sedangkan perkara ini bukan disengajakan  ini adalah angkara pihak JPJ yang sabotaj.

Kata Wong lagi kalau pihak JPJ membuka kaunternya di pejabat-pejabat Pos seperti dulu sudah tentu pelanggan tidak menghadapi masalah seperti sekarang ini  dan ini sekaligus boleh mengelakan kesesakan berlaku khususnya di kaunter-kaunter JPJ.

No comments:

Post a Comment