Saturday, 23 November 2013

50 ahli Umno Pensiangan digantung tidak bertali

 Saturday  November 23, 2013...By Admin
Ibu pejabat Umno perlu memaklumkan status mereka kerana menurut pejabat Umno bahagian Pensiangan mereka sudah dipecat dari Umno.




OLEH: ZABIDI  SAIDI

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah mempersoal status lebih kurang 50 orang ahli Umno dibBahagian Pensiangan.
Menurutnya, ibu pejabat Umno perlu memaklumkan status mereka kerana menurut pejabat Umno Bahagian Pensiangan mereka sudah dipecat dari Umno.
“Sedangkan mereka belum menerima surat pemecatan dari ibu pejabat Umno,” kata beliau kepada FMT.
Beliau yang kalah dalam pertandingan Ketua Umno bahagian Pensiangan pada 19 Oktober lalu berkata mereka tidak dapat menghadiri mesyuarat cawangan kerana kononnya mereka sudah dipecat dari Umno.
Rizalman mahu ibu pejabat Umno menyelesaikan masalah ini kerana kedudukan mereka ibarat gantung tidak bertali.
“Sedangkan untuk memecat seseorang ahli, kita kena ikut prosedur dengan memberi surat tunjuk sebab. Selepas mereka menjawab surat tunjuk sebab, barulah pemecatan boleh dibuat,” katanya.
Beliau mendakwa 50 orang itu jadi mangsa golongan tertentu yang bimbang dengan kedudukan mereka sewaktu pemilihan bahagian baru-baru ini.
“Saya mohon ibu pejabat Umno memberi kata putus yang segera kepada mereka sama ada mereka masih ahli Umno atau tidak. Jika masih ahli Umno, dapatlah mereka terus aktif dalam parti,” katanya.
Beliau menjelaskan adalah tidak adil jika mereka digantung tidak bertali sedangkan mereka mahu aktif dalam parti seperti ahli Umno yang lain. fmt

No comments:

Post a Comment