Saturday, 23 November 2013

POLIS BERJAYA CEKUP SEPASANG KEMBAR WANITA TERLIBAT SAMUN DAN CURI KERETA


Sabtu November, 23, 2013
Written by Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG
 
KOTA KINABALU:- Sepasang kembar wanita yang dipercayai ada kaitan dengan kes samun dan melarikan kereta  minggu lalu polis telah berjaya memberkas kedua-dua suspek untuk bantu siasatan  
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt M. Chandra berkata pasangan kembar berusia 23 tahun tersebut ditahan pada 15 Nov lepas di Ulu Putatan, ketika menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dilapor dilarikan pada 7 Nov.
“Kedua-dua wanita itu ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 59 tahun selepas keretanya dilarikan oleh seorang lelaki ketika mangsa meletak kereta di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu pada 6.20 pagi.
“Suspek memasuki keretanya dan mengugut mangsa dengan parang sebelum menolaknya keluar dan melarikan kereta itu,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Dalam siasatan awal terhadap kedua-dua wanita mendapati mereka mempunyai kaitan dengan dua lelaki yang melarikan sebuah lagi kereta jenis yang  sama di hadapan kompleks membeli-belah Suria pada 9 Nov, katanya.
Beliau berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa seorang wanita warga China, turut dilarikan bersama-sama dengan kereta tersebut sebelum ditinggalkan dia di pekan Telipuk, kira-kira 15 kilometer dari sini.
Mangsa yang berusia 38 tahun itu turut kehilangan barangan berharga serta wang tunai berjumlah RM4,000 selain mengalami kecederaan kerana bergelut dengan suspek, katanya.
Chandra berkata kereta itu yang sebenarnya disewa oleh mangsa ditemui semula empat hari kemudian dalam keadaan baik di hadapan Bangunan  One Borneo.
Beliau berkata polis kini memburu kedua-dua lelaki berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Azwal Azman di talian 0136979468.
                                  Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment