Sunday 24 November 2013

KEBAJIKAN BUKAN ISLAM DAN BUKAN MELAYU AKAN DIUJUDKAN.....PAS

By Admin Sunday | November 24, 2013
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dr Siti Mariah Mahmud mengingatkan perwakilan PAS untuk melanjutkan kebajikan kepada bukan Melayu dan bukan Islam.
SHAH ALAM: Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dr Siti Mariah Mahmud menyeru ahli PAS agar turut membuat kebajikan kepada masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.
“Jangan lupa ada masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.  Kita perlu prihatin pada semua, rahmat untuk semua,” kata Dr Siti Mariah yang juga ialah Ahli Parlimen Kota Raja semasa berucap mewakili lajnah pimpinan beliau.
Beliau berkata demikian sempena muktamar PAS ke 59 yang berlangsung di Stadium Melawati.
Selaras dengan konsep negara berkebajikan yang dipelopori PAS, beliau berharap semua peringkat pimpinan PAS akan menubuhkan skuad prihatin.
“Selepas tarbiyah, yang penting ialah kebajikan. Nabi Muhammad SAW sendiri sangat prihatin kepada semua kaum,” kata beliau.
Dr Siti Mariah mencadangkan agar kepimpinan PAS dibawa bersama ketika membuat amal kebajikan.
Selain itu beliau turut menegaskan ahli parti mempertingkatkan ziarah ukhuwah untuk merapatkan silaturrahim dalam kalangan ahli PAS veteran. Ini kerana ahli parti veteran rasa terpinggir.
Beliau turut menafikan bahawa peruntukan wang yang banyak diperlukan untuk membuat aktiviti kebajikan. fmt

No comments:

Post a Comment