Monday 25 November 2013

JANGAN PINGGIRKAN KANAK-KANAK ISTIMEWA SEBALIKNYA SAYANGI MEREKA....JUSLIE




Monday....25  November 2013-
Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI
LIBARAN:-  Kerajaan tidak akan meminggirkan golongan kanak-kanak Istimewa kerana mereka juga sebahagian dari seorang insan yang harus disayangi oleh sesama insan.
“Dari itu masyarakat dipersekitaran tidak seharusnya memandang  hina atau rendah terhadap diri mereka sebaliknya kita bersimpati dan membantu mereka dalam pelbagai aspek  ini bukan kehendak mereka mahu dilahirkan dalam keadaan serba serbi kekurangan tetapi ini adalah satu anugerah Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Ahli Parlimen Kawasan Liabaran Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian  ketika berucap merasmikan Program Sehari Bersama Kanak-Kanak Istimewa PDK Gum-Gum dekat sini kelmarin.

Katanya  kerajaan terus memberikan pelbagai bantuan kepada pusat penjagaan kanak-kanak Istimewa itu  terutama sekali prasarana seperti kemudahan-kemudahan asas lain agar mereka hidup dalam suasana tenang gembira  seperti insan insan normal yang lain.

“Semua kanak-kanak Istimewa yang tinggal di pusat PDK bukan hanya sekadar makan minum diberikan bahkan mereka juga diberikan pendidikan dan diajar pelbagai perkara oleh para penjaga mereka” jelas Juslie

No comments:

Post a Comment