Monday 1 September 2014

VOCALIST BAND MELODY GROUP AWANG MASRAN DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN NYANYIAN AMBANG MERDEKA 57

Written by Admin

DARI MEJA WARTAWAN HIBURAN FST NEWS
SHER HA TOKOH@ EQYA



SANDAKAN:- Vocalist utama  Band Melody Group pimpinan Saimon S Jumadi iaitu Awang Masran telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan nyanyian Karaoke Mekar Mewah Ambang Merdeka 57 baru-baru ini.

Awang telah mengalahkan 12 peserta yang lain dalam pertandingan  tersebut untuk merebut gelaran Juara Ambang Merdeka dengan membawa pulang sijil, piala  dan wang tunai.

Wartawan Hiburan Portal Online Free Sandakan Today.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan Awang difahamkan sudah enam kali berturut-turut  Awang merangkul piala johan dalam pertandingan nyanyian karaokey  dan life band anjuran badan-badan NGO di sekitar Sandakan.

Band Leader Melody Group yang juga Pengurus SSJ Melody Music Show Promoter  merupakan penaja utama  kepada band berkenaan Saimon S Jumadi  menjelaskan Awang memang mempunyai bakat besar dalam bidang seni  suara khsusunya dalam aspek nyanyian.


“Selaku band leader  yang juga lead guitarist   saya begitu senang bekerja dengan Awang kerana setiap lagu-lagunya yang bakal dipersembahkan bilamana kami buat latihan muzik(praktis) tidak mempunyai masalah sama ada dari segi tempo ataupun key (nada) yang membabitkan  lagu-lagu baru dan lagu-lagu lama inilah satu  kelebihan   yang  ada pada diri Awang boleh menyanyikan lagu-lagu rock, balada dan lagu-lagu pop komersial” pengankuan Saimon.


BAND MELODY GROUP....Mengiringi Pertandingan Nyanyian Pop  



Kata Saimon lagi pada bulan Jun 2014 lalu Awang juga muncul sebagai Johan Pertandingan Nyayian Lagu-Lagu Pop anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat band pengiring Melody Group.

Lagu yang membawa tuah kepada Awang ialah lagu nyanyian  Jamal Abdillah “Kau Lupakan Janji” dan mewaskan 10 peserta yang lain.

"Tahniah dan Syabas  Awang kemenanganmu sebagai johan berturut-turut dalam pertandingan nyanyian bukan saja mempertabatkan dirimu dipersada  seni suara daerah Sandakan tetapi telah mempertabatkan dan menaikan nama kumpulan Melody Band dimata masyarakat daerah Sandakan kerana telah mempunyai seorang penyanyi yang berbakat semula jadi" kata Saimon lagi.

No comments:

Post a Comment