Saturday 6 September 2014

GARA-GARA MENGHINA ISLAM DAVID OROK DIIKAT JAMIN RM7,000.00 DI BAWAH SEKSYEN 4(1) (c) AKTA HASUTAN 1948

By Admin

OLEH: RAMASAMEY KARUNAKARAN


SAH ALAM:- Disebabkan tidak pandai  menjaga sensitiviti dan bertindak  mengikut perasaan dan hawa  nafsu sendiri yang tergamak mengeluarkan kenyataan sembarangan berbentuk mcacian  dan menghina  agama Islam  hingga menimbulkan kemarahan kepada masyarakat Islam yang berbilang kaum

 Akhirnya seorang ahli politik pembangkang, hari ini, didakwa atas pertuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Menurut laporan daripada beberapa media yang sedang  mengikuti perkembangan kes ini  David Orok  dikatakan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Orok dituduh atas dakwaan menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara tengah hari dan pukul 1.50 petang pada 4 Julai lalu di rumah tidak bernombor di Kg.Roun, Jalan Labuaya, Topokan di Tuaran.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad Orok, seorang ahli Parti Reformasi Negeri (STAR), membenarkan Orok diikat jamin sebanyak RM7,000 dan mengarahkannya menyerahkan paspot antarabangsanya serta melaporkan melaporkan diri ke Balai Polis Tuaran sekali seminggu sehingga tarikh perbicaraannya.

Orok yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam, boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 dan tempoh penjara maksimum selama tiga tahun jika disabitkan kesalahan.


Kata Hakim Ummu  mahkamah mengambil tindakan kepada Orok adalah sebagai pengajaran kepada mana-mana individu supaya berhati-hati jangan memperlekehkan sentimen yang berbaur hinaan, cacian dan hasutan  yang boleh mencetuskan kemarahan kaum-kaum lain adalah satu kesalahan.




No comments:

Post a Comment