Wednesday 10 September 2014

ANAK-ANAK RAHIMAH MEMERLUKAN BANTUAN DARIPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN....HAMZAH

By admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Seorang ibu tunggal yang dikenali macik Rahimah tinggal di Kampung Gas yang mempunyai anak lima orang yang masih   kecil  lagi seorang perempuan dan  empat  lelaki  hidup dalam kemiskinan  bah kata orang kais pagi untuk pagi kais petang untuk makan petang.

Mereka berenam tinggal di sebuah rumah mungkin lebih  elok lagi kandang kambing jika dibandingkan dengan rumah yng didudduki macik Rahimah yang hanya  memperoleh pendapatan sebulan sebanyak RM300.00  saja.


Rakyat  Sabah  dalam meraihkan kemerdekaan 51 tahun namun masih ada juga rakyat yang terus terpinggir dalam menikmati bantuan-bantuan daripada kerajaan yang ada sekarang.

Adakah perkara ini telah disedari oleh Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK Kampung Gas mengenai penderitaan  yang ditanggung makcik Rahimah, sepatutnya sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK kampung tersebut  yang dilantik oleh Wakil Rakyat kawasan Sekong  merupakan mata dan telinga  kerajaan harus menyedari apa yang berlaku di kawasannya kampungnya.

Yang Dipertua PAS Haji Hamzah Hj Abdullah yang sempat menemui keluarga Rahimah  sewaktu lawatannya kekampung berkenaan kelmarin bila melihatan keadaan macik Rahimah dan lima orang anak-anaknya yang masih kecil betul-betul dalam keadaan kedaifan mungkin lebih baik kehidupan anak-anak Pentandang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tinggal di negeri ini yang sebahaginnya telah diberikan kemudahan  kepada anak-anak  mereka ada yang pergi bersekolah berbanding anak-anak Rahimah yang merupakan anak-anak tempatan.

“Adakah keadaan lima orang anak  dibawah jagaan Rahimah terus mengharungi kehidupan dalam penderitaan  kadang-kadang makan kadang-kadang tidak makan hanya mengharapkan  belas ehsan daripada jiran-jiran sebelah rumah” ujar Hj Hamzah

Kenapa Ketua Kampung dan pengerusi JKKK Kampung Gas tidak mahu memberi bantuan untuk mendaftarkan nama Rahimah di Jabatan Kebajikan Masyarakat agar mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300.00 dengan  ini adanya bantuan daripada kerajaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung Rahimah  untuk membesarkan lima orang anak-anaknya yang masih kecil itu” Tanya Hj Hamzah.



Kata Hj Hamzah adakah ini lojik   apa yang diperkatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dalam satu kenyataan akhbarnya di Kosmo bertarikh 8 September 2014 bertajuk:  Taraf Hidup Rakyat Kini Meningkat melepasi pendapatan  isi rumah RM5,900.00”


CAKAP TAK SERUPA BIKIN......Betul kah kehidupan  rakyat di negara ini meningkat


“ Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong disaran  agar mencari jalan alternatif  untuk membantu  kelima-lima anak Rahimah agar mereka dapat menempuhi kehidupan yang baik  seperti insan-insan yang lainnya” Kata Hj Hamzah. 





No comments:

Post a Comment