By Admin
OLEH: WAN SALMAH WAN
DZULKIFLIE

Dewan Muslimat PAS bersama seluruh pimpinan dan jentera muslimat serta
Wanita Pakatan dari PKR dan DAP seluruh negara akan menggembleng seluruh tenaga
bagi ‘menentang’ Umno secara lebih berkesan bagi memastikan kerusi Pengkalan
Kubor menjadi milik PAS, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah
Mohd Yusoff.

“Di atas sifat jiwa besar, keprihatinan yang tinggi dalam menjiwai
denyut nadi dan kehendak pengundi Pengkalan Kubor, PKR telah memberi laluan
kepada PAS untuk bertanding menentang Umno di Pilihan Raya Kecil (PRK)
Pengkalan Kubor,” katanya dalam satu kenyataan di dalam lidah rasmi PAS.
Jelasnya lagi, cadangan awal Dewan Muslimat agar kerusi Pengkalan Kubor
diberikan kepada PAS telah disambut baik oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR
dengan penuh lapang dada, jiwa besar dan kasih sayang.
“Insyaallah , semoga sikap keterbukaan semua pihak, lapang dada,
bertolak ansur, kasih sayang dan saling maaf memaafi antara kita, Pakatan
Rakyat akan lebih mantap dan terus utuh.
“Semoga kerusi Pengkalan Kubor dapat kita tawan kembali, kemelut MB
Selangor dapat dileraikan serta kekuatan PR dapat diperteguhkan,” katanya yang
juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Katanya lagi golongan muda
yang terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu 80 peratus akan mengundi
calon PAS pada pilihanraya kecil itu
Kerana masyarakat Cina,
India dan Melayu 80 peratus sudah menolak kerajaan Barisan Nasiona; (BN) kerana telah dianggap tidak lagi revelan untuk
meneruskan sebagai tunggak kepada kerajaan di negara ini.
No comments:
Post a Comment