By Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI
.jpg)
Dalam tinjauan wartawan FST News di pasar umum bandar Lahad
Datu kelmarin ramai pelanggan rasa tidak puas hati dengan kelakuan peniaga ikan
di pasar berkenaan kerana telah menaikan harga ikan tiga kali ganda
dengan alasan sukar untuk turun kelaut untuk menangkap ikan kerana
Perintah Berkurung jadi hasil tangkapan agar berkurangan.

Beberapa nelayan tempatan
yang sempat menemui wartawan FST News
mereka menjelaskan contoh terdekat ikan tenggiri harganya dijual kepada penjual ikan pertama
harga 1kg ialah RM5.00 sahaja sebagai harga
borong tetapi apabila mereka menjual kepada pembeli
harga melonjak sehingga RM16.00 1kg.
“Walaupun masa perintah
berkurung untuk mencari ikan di laut tiada masalah sebab kita masih ada ruang
seluas 50 batu nautika jarak yang diberikan dan kelonggaran kepada nelayan oleh pihak kerajaan
bukan kecil kawasan” kata seorang nelayan yang tidak mahu disebut namanya.
Perintah berkurung
bukan dijadikan satu alasan untuk menaikan
harga ikan dengan sesuka hati tanpa memikirkan risikonya kalaupun mahu mencari
keuntungan bukanlah sehingga keparas 80 peratus hingga menyusahkan pelanggan
untuk makan ikan yang digemarinya.
No comments:
Post a Comment