Wednesday 3 September 2014

JURUFOTO NEW STRAIT TIMES DIBELASAH OLEH KELUARGA MANGSA NAHAS MH17

By Admin

OLEH: WAN SALMAH WAN DZUKIFLIE

PETALING JAYA:- Mana-mana wartawan atau jurugambar daripada beberapa pertubuhan media memang mempunyai hak mutlak untuk mengambil sebarang gambar kalau itu merupakan acara rasmi dan terbuka  tidak perlu meminta izin terhadap mana-mana pihak berkenaan.
Ini kisah insiden terjadi yang  menimpa  kepada seorang jurugambar daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP ), Aizuddin Saad dipercayai telah ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan mengalami kecederaan di muka kerana marah kepada beberapa wartawan yang enggan mendengar amarannya supaya jenazah tidak boleh digambar
Difahamkan Aizuddin ditumbuk ketika sedang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat MAS, MH17 di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi
Lapor media juga mengatakan Aizuddin bukan sahaja mengalami kecederaan dimuka malah kameranya juga turut rosak akibat serangan tersebut.
Keadaan kembali tenang setelah petugas di pusat tersebut dan orang ramai berjaya mengawal emosi ahli keluarga daripada terus menjadi tegang.
Sepatutnya pihak keluarga pewaris tidak boleh membelasah sehingga mencederakan orang apa lagipun Aizuddin seorang wartawan memang bidang tugasnya untuk membuat liputan media khususnya untuk MH17 Aizuddin bukan suka-suka mengambil gambar.
Sandainya kes  di laporkan kepada  polis sehingga ke mahkamah oleh pihak New Strait Times kerana membelasah wartawannya  yang dalam menjalankan tugas rasmi bukan kah jadi satu masalah lagi bah kata orang sudah jatuh ditimpa tangga.
Akibat dibelasah yang begitu teruk Aizuddin  telah dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Hari ini pesawat yang membawa sembilan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terdiri daripada tujuh warga Malaysia dan dua warga Belanda telah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.30 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Bunga Raya, KLIA bersama anggota keluarga untuk menyambut ketibaan jenazah yang diterbangkan ke Malaysia dengan lima keranda dan empat kendi berisi abu mayat.
Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment